awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021

Najib Aroff
Najib Aroff
28/01/2021
03:57 MYT
Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021
Tinjauan oleh Robert Walters mendapati lebih separuh responden merancang untuk melaksanakan pembekuan pengambilan pekerja bagi 2021.- Gambar hiasan
Kuala Lumpur:Pengambilan pekerja di Malaysia dijangka terus perlahan bagi kebanyakan sektor sepanjang 2021.
Bagaimanapun, pertumbuhan pengambilan pekerja akan lebih tertumpu kepada bidang seperti strategi perniagaan, pendigitalan, penjagaan kesihatan dan tenaga diperbaharui, menurut kajian agensi kerja, Robert Walters.
Tinjauan Gaji bagi 2021 oleh firma itu mendapati trend konservatif dijangka berterusan setidak-tidaknya untuk separuh pertama tahun ini memandangkan perniagaan sedang menguruskan kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
"Pendekatan konservatif secara keseluruhan untuk pengambilan pekerja pada 2021 bermakna pengambilan pekerja akan diteliti dengan ketat dan banyak organisasi memilih untuk melantik pekerja dalaman bagi jawatan kosong sebagai langkah pengurusan kos," kata Kimberlyn Lu, Pengurus Negara Robert Walters bagi Malaysia dan Filipina dalam satu kenyataan.
Kimberlyn berkata, dari segi imbuhan untuk pencari kerja pula, kenaikan gaji dijangka lebih rendah sekitar 12 hingga 15 peratus atau lebih rendah memandangkan syarikat kini cuba untuk menguruskan aliran tunai dan jumlah pekerja mereka.
Malah tinjauan itu mendapati lebih separuh responden merancang untuk melaksanakan pembekuan pengambilan pekerja bagi 2021.
"Bagaimanapun, sebahagian besar majikan yang dikaji merancang untuk melatih dan meningkatkan kepakaran tenaga kerja mereka (53 peratus) dan meningkatkan pelaburan mereka dalam teknologi, aplikasi dan kelengkapan (42 peratus) tahun ini, menunjukkan penekanan berterusan terhadap proses pembangunan pekerja sedia ada dan tempat kerja," tambahnya.
Sementara itu, sektor perakaunan dan kewangan, perbankan dan perkhidmatan kewangan, kejuruteraan, sumber manusa, perundangan serta rantaian bekalan dijangka kekal konservatif.
Namun bagi beberapa sektor seperti perkhidmatan asas, teknologi, penjagaan kesihatan, insurans, risiko dan pematuhan serta tenaga diperbaharui mempunyai sedikit sinar dalam aspek pengambilan pekerja.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#COVID-19
#pengangguran
#Robert Walters
#KIMBERLYN LU
#majikan
#beku pengambilan pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan