Ledakan pusat data pacu permintaan tenaga, air di pasaran hartanah Johor

Johor mencipta sejarah menerusi pembinaan loji bekalan air pulih guna berskala besar pertama yang dikhaskan bagi operasi pusat data di Ulu Tiram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Akses terhadap tenaga elektrik dan air bakal menjadi faktor utama dalam mempengaruhi pasaran hartanah Johor pada 2026 berikutan peningkatan permintaan bagi pembangunan pusat-pusat data.
Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI Kashif Ansari berkata Malaysia pada masa ini juga di tengah-tengah ledakan pembangunan pusat data.
Beliau berkata sebuah pusat data misalnya boleh menggunakan jumlah tenaga sebagaimana kegunaan ribuan isi rumah.
"Pada tahun ini, pusat data akan menyumbang kepada 90 peratus daripada semua permintaan baharu di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Kashif berkata ledakan kecerdasan buatan (AI) turut menyemarakkan lagi permintaan bagi pusat data berteraskan AI untuk mengendalikan bebanan pengkomputeran.
"Syarikat gergasi teknologi tertarik dengan dasar Malaysia yang propembangunan, tanah dan tenaga yang secara relatifnya lebih rendah serta lokasi negara ini yang strategik di Asia Tenggara.
"Kesemua faktor ini hanya menjadikan Malaysia menempatkan lebih dua pertiga daripada keseluruhan kapasiti pusat data yang sedang dibangunkan di Asia Tenggara," katanya.
Kashif said Juwai IQI juga telah menggariskan lima strategi untuk membantu kalangan pemaju hartanah serta pelabur meraih untung berbanding bergelut dalam pasaran yang menyaksikan aspek prasarana menjadi sesak.
Strategi itu termasuk aspek tanah yang mempunyai kemudahan infrastruktur, pembangunan bagi potensi pelbagai guna lain yang meluas, menumpukan projek pejabat berhampiran pusat hab tenaga, pelaburan dalam projek-projek berhampiran kluster dan infrastruktur selain penjajaran garis masa projek dengan penambahbaikan infrastruktur.
Beliau juga menyifatkan usaha mendapatkan tanah dengan jaminan akses tenaga dan air adalah kritikal bagi mengelak berlakunya kelewatan projek berikutan faktor masa yang cepat sememangnya menjadi perkara utama bagi pengendali pusat AI dan pusat data.
Mengulas reka bentuk, Kashif mengingatkan pemaju untuk melangkaui spesifikasi minimum bagi penyewa perindustrian asas bagi menarik pengguna lebih bernilai tinggi.
Pada masa sama, beliau juga mengingatkan pelabur agar tidak hanya menumpukan menara pejabat di pusat perniagaan (CBD), sebaliknya mempertimbangkan pejabat berhampiran pusat hab teknologi.
"Pilihan lokasi seperti Bangsar South, kawasan pinggir KL Sentral, Damansara Heights atau Cyberjaya," katanya.
Beliau berkata pertumbuhan AI dan pekerjaan berkaitannya dijangka mendorong permintaan kukuh serta pulangan yang lebih tinggi di kawasan-kawasan
Bagi segmen kediaman, Kashif berkata wujud peluang bagi pembangunan di kawasan berhampiran kelompok pekerjaan AI dan pusat data seperti di Johor, Cyberjaya dan Pulau Pinang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


