ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Mac 2026.
1) Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala
Advertisement
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara negara berjiran itu.
2) Dua maut, dua cedera dalam nahas berasingan di Ayer Tawar, Lenggong
Dua orang maut manakala dua lagi cedera dalam dua nahas berasingan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Ayer Tawar dan Lenggong, awal pagi ini.
3) Wisma Putra nafi dakwaan tular, tegas perwakilan di UAE beroperasi 24 jam
Kementerian Luar menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya perwakilan diplomatik Malaysia di Emiriah Arab Bersatu gagal memberikan bantuan kepada seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai.
4) Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher
Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher di sebuah asrama pekerja di Nilai, Isnin lalu.
5) Pengarah Ladang Farm Fresh terkorban dalam nahas helikopter di Filipina
Farm Fresh Bhd mengesahkan rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Pililla, wilayah Rizal, Filipina semalam, merupakan pengarah ladangnya Jacob Mathan.
6) Kementerian Perpaduan Negara nafi gagal tangani isu perkauman
Kementerian Perpaduan Negara menafikan dakwaan gagal menangani isu perkauman dan keagamaan, termasuk kontroversi berkaitan pembinaan rumah ibadat dan insiden memijak al-Quran, baru-baru ini.
7) Pembelaan Najib dakwa keterangan saksi berdasarkan dengar cakap
Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini bahawa teras utama keterangan bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay.
8) Pelajar di kawasan konflik Asia Barat diminta patuhi arahan, lapor diri segera di kedutaan
Pelajar Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat dinasihatkan supaya mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan dan segera melaporkan diri kepada kedutaan Malaysia di negara terlibat bagi memastikan keselamatan mereka terus terjamin.
9) Akaun media sosial kendalian ibu bapa dibenarkan, bawah 16 tahun dilarang buka akaun sendiri
Kanak-kanak berumur bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sendiri namun akaun yang dikendali oleh ibu bapa bagi pihak anak-anak adalah dibenarkan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
10) Tiada rakyat Malaysia dilapor terkesan susulan perkembangan keselamatan di UAE
Tiada rakyat Malaysia dilapor terkesan oleh perkembangan keselamatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) setakat ini, kata Duta Besar Malaysia ke UAE Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.