LAZIMNYA inilah masalah yang selalu berbangkit berkenaan sistem pembersih vakum rumah - wayar pendek, kalau tanpa wayar baterinya cepat habis, kelecehan mengosongkan tangki habuk, serta macam-macam lagi.

Tidak dengan LG CordZero™ All-in-One Tower™, pembersih vakum tanpa wayar terbaharu daripada LG yang memberi takrifan baharu kepada penjagaan ruang kediaman dengan penyelesaian menyeluruh dalam satu sistem unggul.

Sepertimana namanya, segala yang anda perlukan ada dalam sebuah unit LG CordZero™ All-in-One Tower™ dan kerja-kerja membersih di rumah menjadi lebih mudah dan selesa.

Tiada lagi masalah habuk berterbangan dan bersin tak sudah ketika mengosongkan tong habuk dengan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila pembersih vakum diletakkan pada stesen dok.

All-in-One Tower™ juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina dalam yang berfungsi sehingga dua jam sebaik sahaja vakum diletakkan pada stesen dok untuk menghalang pembiakan bakteria dalam beg habuk.

Kerenyahan membersihkan tangki habuk tiada lagi dengan LG CordZero™ All-in-One Tower™ yang mempunyai ciri pengosongan tangki habuk automatik.

Dengan teknologi LG Kompressor™, tong habuk tidak perlu dikosongkan lebih kerap ketika sesi pembersihan apabila habuk terkumpul di dalam tong dapat dimampatkan hingga 2.4 kali, memberi lebih ruang untuk lebih banyak habuk disedut.

Tidak setakat tempat meletak pembersih vakum dan mengosongkan habuk daripadanya, menara ini turut merangkumi Sistem Penapisan 3 Langkah, diperakui Persatuan Alergi BAF British, yang menangkap habuk halus dengan cukup berkesan bagi memastikan tiada udara tercemar dilepaskan ke persekitaran.

Sistem penapisan ini dapat memisahkan kotoran dalam tong habuk dan menapis 99.999 peratus baki habuk dan kotoran.

All-in-One Tower™ yang serba lengkap ini menyediakan penyimpanan cekap ruang untuk pembersih vakum dan aksesori, termasuk 2-in-1 Combination Tool, Power Drive™ Mini, Crevice Tool, dan Mop Nozzle (untuk Model A9T-MAX sahaja).

Paling penting - sistem pembersih vakum inovatif ini turut dilengkapi DUAL PowerPack™, dua unit bateri yang boleh ditukar ganti dan boleh dicas semula untuk membolehkan penggunaan sehingga 120 minit (dua jam) tanpa gangguan dan tanpa perlu menunggu pembersih vakum dicas penuh sebelum dapat menggunakannya semula.

Setiap satu unit bateri mampu bertahan untuk pengunaan sehingga 120 minit tanpa gangguan.

Dikuasakan teknologi Smart Inverter Motor™ dan Axial Turbo Cyclone™ LG, sistem pembersih vakum terbaharu ini mempunyai daya sedutan yang cukup kuat dan berterusan.

Fungsi pintarnya memisahkan habuk dan kotoran daripada pelbagai jenis permukaan lantai dengan berkesan, menjana aliran udara yang kuat di dalam motor yang berputar dengan pantas tanpa geseran, memberi jaminan kepada daya tahan yang luar biasa.

“Kami berdedikasi untuk memastikan pelanggan setia kami di Malaysia dapat menikmati kehidupan harian dengan lebih mudah bukan sahaja melalui perkakas rumah kami yang inovatif, tetapi juga dengan aplikasi ThinQ™ LG.

“Sama seperti barisan perkakas kami yang lain, pembersih vakum kami yang baharu ini juga dikuasakan oleh aplikasi rumah pintar ThinQ™ yang membolehkan pengguna mengakses panduan pembersihan penapis, memantau sejarah dan pengurusan pembersihan, serta menjalankan diagnosis pintar.

“Kami percaya bahawa penyelesaian penggunaan rumah kami akan membolehkan pelanggan menyambut era baharu kehidupan di rumah dengan mengubah ruang kediaman mereka menjadi tempat yang lebih bersih dan selesa,” kata Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi.

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi dan Pengarah Produk LG Electronics Malaysia, Jihye Kim bersama jemputan khas pada majlis pelancaran LG Cordzero™ All-in-One Tower™ di Bangsar tempoh hari.

Tampil dengan reka bentuk elegan, kemas dan praktikal dalam dua warna - Calming Green dan Calming Beige - LG CordZero™ All-in-One Tower™ boleh dimiliki dari harga RM4,499.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LG atau ikuti laman Facebook rasmi LG.


Penyelesaian menyeluruh dengan LG Cordzero™ All-In-One Tower™