awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liberalisasi insurans permotoran untuk pacu persaingan harga

Bernama
Bernama
03/07/2017
14:06 MYT
Liberalisasi insurans permotoran untuk pacu persaingan harga
Penanggung insurans akan lebih mampu untuk mengenakan bayaran premium, seiring dengan faktor risiko yang lebih luas yang wujud dalam sekumpulan pemegang-pemegang polisi yang diinsuranskan. - Gambar hiasan
Liberalisasi insurans permotoran di Malaysia yang bermula pada 1 Julai, akan memacu persaingan harga yang lebih saksama berdasarkan profil risiko individu, kata AmGeneral Insurance Bhd.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata produk insurans permotoran tidak lagi akan ditentukan oleh tarif kenderaan (senarai harga tetap) tetapi oleh penanggung insurans individu.
"Pengguna akan dapat menikmati pilihan yang lebih luas bagi produk-produk insurans permotoran pada harga yang kompetitif kerana liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan yang sihat di kalangan syarikat insurans.
"Penanggung insurans akan lebih mampu untuk mengenakan bayaran premium, seiring dengan faktor risiko yang lebih luas yang wujud dalam sekumpulan pemegang-pemegang polisi yang diinsuranskan, termasuk menjual produk-produk baharu yang tidak ditakrifkan di bawah tarif," katanya.
Bagi memulakan perubahan, AmGeneral akan menganjurkan kempen 'Talk To Us', bagi menggalakkan orang ramai untuk menghubungi ejen-ejen mereka terlebih dahulu dengan tujuan mendapatkan semua maklumat yang mereka perlu sebelum memilih pelan terbaik.
AmGeneral adalah antara peneraju syarikat insurans am yang mempunyai premium insurans permotoran dengan lebih RM1.2 bilion di bawah dua jenamanya, iaitu AmAssurance dan Kurnia Insurans
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AmGeneral Insurance
#insurans am
#insurans individu
#insurans permotoran
#kempen
#liberalisasi
#penanggung insurans
#risiko individu
#Talk To Us
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan