KUALA LUMPUR: Lotte Chemical Titan Holding Bhd. merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.06 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY21), melonjak 7 kali ganda daripada RM154 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Pada masa sama, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat hampir 100% kepada RM1.65 bilion daripada RM830 juta bagi tahun kewangan sebelumnya, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Khamis.
Dalam tempoh tersebut, keuntungan operasi juga meningkat dengan ketara lebih 300% kepada RM1.1 bilion, daripada RM272 juta yang dicatatkan pada tahun lalu.
Peningkatan pendapatan yang ketara disokong hasil jualan kukuh sebanyak RM9.8 bilion yang direkodkan pada 2021, daripada RM6.9 bilion tahun sebelumnya.
Pada masa sama, kumpulan turut menjana aliran tunai operasi yang kukuh berjumlah hampir RM1.2 bilion bagi tahun kewangan itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lotte Chemical Titan, Park Hyun Chul menyifatkan ia satu pencapaian yang cemerlang di sebalik cabaran persekitaran perniagaan ekoran pandemik COVID-19 yang masih berterusan sepanjang 2021.
Katanya, prestasi perniagaan bertambah baik dengan ketara disebabkan terutamanya sebaran margin produk utama yang jauh lebih tinggi pada tahun lalu, disokong harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi.
"Melangkah ke masa hadapan, kumpulan akan terus menumpukan kepada inisiatif pengoptimuman prestasi operasi dan kewangan dalam menghadapi persekitaran luaran yang tidak menentu dan sentiasa berubah.
"Kami akan sentiasa berwaspada dan menerima peluang pertambahan nilai bagi memacu pertumbuhan di samping kekal teguh untuk memberi tumpuan kepada strategi pertumbuhan utama ke arah menjadi syarikat petrokimia utama di rantau Asia Tenggara," jelasnya.
Pada masa sama, beliau juga optimis dan berhati-hati terhadap prospek pasaran petrokimia dengan beberapa faktor yang mengimbangi mempengaruhi sektor tersebut.
Ini kerana katanya, sektor petrokimia bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi, ia berkemungkinan akan disokong oleh pemulihan ekonomi global yang berterusan yang diunjurkan untuk 2022.
"Namun begitu, kemunculan varian Omicron baru-baru ini yang merebak di seluruh dunia perlu dipantau dengan teliti.
"Oleh itu, kami menjangkakan ketidaktentuan akan kekal untuk sektor petrokimia pada tahun ini," jelasnya.
Pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021, Lotte Chemical Titan merekodkan untung bersih sebanyak RM186.84 juta berbanding RM151.16 juta bagi tempoh sama tahun lalu manakala pendapatan turut meningkat kepada RM2.68 bilion daripada RM1.92 bilion. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jan 28 2022

Sektor petrokimia bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi, ia berkemungkinan akan disokong oleh pemulihan ekonomi global yang berterusan yang diunjurkan untuk 2022. - Foto DagangNews

Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.

PRU15 | Amanah Pulau Pinang tanding dua Parlimen, lima DUN
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sukan SEA Hanoi: Mohd Khairi sumbang emas kedua buat silat
Kejayaan itu dilakar Mohd Khairi Adib Azhar yang menundukkan Indonesia.

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/thumbnails/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Lotte Chemical Titan catat untung RM1.06 bilion FY21
Pada masa sama, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat hampir 100% kepada RM1.65 bilion.

Pencemaran bahan kimia: Syarikat Korea Selatan bantu tangani sisa Sungai Kim Kim
Syarikat petro kimia Korea Selatan, Lotte Chemical Titan Holding Sdn Bhd membantu pihak berkuasa dalam usaha mengawal sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.