KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) beroperasi pada kapasiti penuh di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara susulan musim haji ini dengan jangkaan lebih 31,600 jemaah haji.
Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal dalam kenyataan berkata peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia, untuk Mei hingga Julai.
Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Arab Saudi meneruskan inisiatif 'Makkah Route' atau Laluan Mekah yang memberi kemudahan prapelepasan imigresen Arab Saudi kepada jemaah haji negara di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus mengurangkan masa menunggu.
"Pelan operasi kami untuk musim haji adalah merangkumi semua, kerana kami mahu memberi pengalaman lapangan terbang terbaik kepada jemaah.
"Kami menyediakan ruang rehat khas di Pintu C16 dan C17 untuk proses prapelepasan ini yang dikendalikan oleh pegawai imigresen daripada kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata ruang rehat itu boleh memuatkan 500 orang selain turut terdapat perkhidmatan buggy daripada Pintu C11 ke ruang rehat tersebut.
Selain itu, katanya, 114 penerbangan sewa khas oleh MAHB dan Saudi Airlines akan digunakan untuk membawa jemaah haji dengan tujuh lapangan terbang iaitu KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Kedah), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kelantan) dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Terengganu) terlibat dalam operasi bersama Lembaga Tabung Haji itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) beroperasi pada kapasiti penuh di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara susulan musim haji ini dengan jangkaan lebih 31,600 jemaah haji. -Gambar fail/Dagang News
MAH anjur kejohanan, undang bekas pemain untuk perlawanan amal
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bakal menganjurkan MAH Football Tournament pada 9 dan 10 Oktober ini, menghimpunkan petugas hotel dari 13 wilayah dari seluruh negara, termasuk bekas pemain kebangsaan untuk perlawanan amal.

Mohammed Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai pengarah bukan eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
Gimnastik sumbang gangsa, takraw puas hati dengan perak
Penantian 17 tahun untuk kilauan pingat dari gelanggang gimnastik berakhir selepas atlet negara, Muhammad Sharul Aimy berjaya meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Dua penjawat awam direman, rasuah berkaitan urusan mayat
Dua kakitangan perubatan awam direman lima hari bermula pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,500 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
[TERKINI] 12 kawasan catat IPU tak sihat
12 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur
kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
TIada pertandingan 'top 5' Pas
Lima jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak akan dipertandingkan.
[TERKINI] SIasatan terhadap Jasmine Loo diserahkan kepada Peguam Negara
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan MYDIN Pitchay mengesahkan siasatan ke atas bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo, sudah lengkap.

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023
Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAAs) tahun ini.
Beli dua kampit sebulan, cukup - Mat Sabu
Rakyat dinasihatkan agar membeli beras putih tempatan mengikut keperluan isi rumah masing-masing bagi mengelakkan kekurangan bekalan di pasaran.

MAHB lantik Gordon Andrew Stewart sebagai COO
Beliau membawa bersamanya pengalaman selama 33 tahun dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, rel dan teknologi maklumat.

Turki setuju MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul - PM
Persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kepada Datuk Seri Anwar pada pertemuan mereka di New York.

MAHB rekod lebih 11 juta jumlah pergerakan penumpang pada Julai 2023
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan lebih daripada 11 juta jumlah pergerakan penumpang untuk Julai 2023.

Pemulihan trafik penumpang udara Malaysia dijangka berterusan pada separuh kedua 2023 - Penganalisis
Pemulihan trafik penumpang udara Malaysia dijangka meningkat pada 2H 2023 untuk mencapai 85 peratus daripada tahap sebelum pandemik.

MAHB catat hampir 10 juta pergerakan penumpang pada Mei 2023
Prestasi itu berkembang baik kepada paras sebelum pandemik, didorong pemulihan trafik yang kukuh daripada operasi di Malaysia dan Turkiye.

Aliran pergerakan penumpang MAHB kekal lebih sembilan juta pada April 2023
MAHB berkata, aliran pergerakan itu mulai ketara pada minggu ketiga April bersempena sambutan Aidilfitri pada 22 April, 2023.

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji
Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia.

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Gangguan bekalan air: Penerbangan diminta isi air sebelum ke Kota Kinabalu
Semua penerbangan diminta untuk mengisi air pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) susulan gangguan bekalan air di lapangan terbang itu.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.