Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukan RM38 juta bagi menambah 16 laluan pejalan kaki automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata laluan pejalan kaki automatik itu akan ditambah di bahagian terminal yang curam bagi kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan penumpang lain.
"Kita akan saksikan banyak penambahbaikan tahun ini bagi kemudahan kesemua pengguna di klia2," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai langkah kerajaan menjadikan klia2 sebagai sebuah lapangan terbang mesra pengguna.
Mengulas lanjut, Aziz berkata MAHB juga sedang dalam perancangan mengubah lokasi unit-unit perniagaan yang menyempitkan laluan di lapangan terbang itu ke suatu tempat yang lebih strategik.
Mengenai jenis kemudahan untuk OKU dan warga emas yang disediakan di klia2, Aziz berkata, setakat ini terdapat sembilan kemudahan yang dikhususkan untuk keselesaan golongan itu.
Katanya, antara kemudahan itu ialah perkhidmatan jejambat penumpang di setiap pintu berlepas, perkhidmatan kereta buggy 24 jam di tempat letak kereta dan 15 kereta buggy di seluruh terminal, tandas OKU, empat lif di 'airside' untuk kegunaan penumpang berkerusi roda serta tandaan 'braille' dalam semua lif.
Menjawab soalan tambahan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah), Aziz berkata MAHB turut menyediakan 16 unit 'automated external defibrillator' untuk kemudahan penumpang yang menghidap sakit jantung.
Ikmal Hisham meminta kerajaan menjelaskan usaha yang akan dilakukan bagi menarik minat berterusan pelancong asing terhadap perkhidmatan dan kemudahan di klia2.
Tambah Aziz, penambahbaikan itu bukan sahaja dikhususkan untuk pelancong luar negara malah ia untuk kemudahan pelancong dalam negara.
Menurutnya, kemudahan butang kecemasan juga akan ditambah di semua tandas di kawasan berkenaan.
Perkara itu, katanya termasuk dalam program penambahbaikan di klia2 selain pelbagai perancangan lain bagi menambah baik perkhidmatan di terminal itu.
Bernama
Mon Apr 06 2015
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata laluan pejalan kaki automatik itu akan ditambah di bahagian terminal yang curam. - Gambar Fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
MAHB peruntuk RM38 juta tambah 16 laluan pejalan kaki automatik di klia2
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata laluan pejalan kaki automatik itu akan ditambah di bahagian terminal yang curam bagi kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU), dan warga emas.