awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB tolak tawaran pengantaraan AirAsia

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2019
21:49 MYT
MAHB tolak tawaran pengantaraan AirAsia
Riad Asmat berkata AirAsia kesal dengan keputusan MAHB yang menolak tawaran perdamaian AirAsia untuk menyelesaikan isu-isu antara mereka menerusi pengantaraan. - Gambar hiasan
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu.
AirAsia berkata ia telah mencadangkan pengantaraan dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada pertikaian berterusan antara pihaknya dan MAHB berhubung caj perkhidmatan penumpang (PSC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menuntut AirAsia dan MAHB mendapatkan khidmat pengantaraan (mediation) terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang lain.
Ia bagi menjimatkan masa dan kos untuk semua pihak yang terlibat, termasuk sistem kehakiman, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu .
Oleh itu AirAsia, bertindak secara jujur untuk mematuhi Akta tersebut dan mengelakkan lagi wacana awam yang ia percaya menjejaskan sektor penerbangan.
Tidak kira apa juga keputusannya, syarikat penerbangan itu percaya pengantaraan akan membolehkan kedua-dua pihak terus bergerak ke hadapan dengan cara yang lebih bijak.
Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata pihaknya kesal dengan keputusan MAHB yang menolak tawaran perdamaian AirAsia untuk menyelesaikan isu-isu antara mereka menerusi pengantaraan.
Ia terutamanya memandangkan kenyataan MAHB baru-baru ini bahawa ia 'optimis isu ini boleh dan akan diselesaikan', katanya.
Riad berkata, AirAsia akan mendapatkan panduan daripada Mavcom mengenai langkah-langkah seterusnya bagi menangani situasi tersebut.
"Bagaimanapun, kami berhak untuk mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingan pelanggan dan pemegang saham kami," katanya.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#KLIA2
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Bhd
#pengantaraan
#Riad Asmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan