OK, aku rasa bengang sikit dengan harga makanan yang aku rasa naik dia mengalahkan minyak. Pisang dulu sesikat boleh beli seringgit tapi mustahil boleh dapat harga macam tu sekarang, melainkan tanam sendirilah. Tapi sekarang harga rumah yang ada ruang bercucuk tanam pun susah nak cari.
Dalam kebingungan aku yang disebabkan krisis ini, aku mengambil kesempatan untuk menyalurkan kemarahan dalam bentuk yang lebih berfaedah. Aku cuba siasat apa sebenarnya yang buat harga makanan naik dan aku cuba tengok selari atau tidak kenaikan harga makanan dan sebab-sebab benda ni berlaku.
Aku baru baca surat khabar pasal 82,000 barang diturunkan harga sempena Kempen Penurunan Harga 2015 . 16 pasar raya besar turunkan harga barang dari 10% – 70%, banyak woi! Entahlah sampai bila kempen ni, tapi harap-harap selama-lamanya dan bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir, sebab tebu sekarang pun mahal. Mana nak cari duit?
Kalau nak pandang jauh sikit, permintaan yang besar dari China dan India untuk bahan makanan menaikkan harga makanan, malahan perubahan iklim yang mendadak juga memainkan peranan sebab hasil tumbuh-tumbuhan bergantung kepada cuaca. Menurut National Academy of Sciences (Akademi Sains Amerika Syarikat), apabila suhu naik melebihi paras 28 C, semua komoditi utama seperti beras dan gandum akan menurun hasil tuaiannya – dan ini akan menaikkan harga .
Selain itu, tentunya pengurangan subsidi akan memberi kesan kepada harga dan di Malaysia subsidi sudah dikurangkan untuk gula sejak tahun 2010. Penjualan minyak di Malaysia yang sekarang mengikut pasaran dunia juga akan mempengaruhi harga makanan kerana minyak memainkan peranan di dalam proses pengangkutan, harga buruh, dan pemprosesan.
Persediaan untuk sistem cukai baru juga menyebabkan sesetengah peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dan ini sangat membimbangkan kerana banyak barang makanan asas sebenarnya dikecualikan daripada GST!
Adakah harga barang akan turun seiring dengan penurunan harga minyak? Secara teorinya, patutnya ya. Tapi dalam dunia nyata, persetujuan untuk membekal, memproses, dan mengangkut bahan-bahan makanan dipersetujui berbulan-bulan sebelum berlaku perubahan kepada harga minyak dan ini mengurangkan impak penurunan harga minyak terhadap harga makanan. Lagipun, peniaga bersedia untuk kenaikan harga minyak seterusnya dan keanjalan harga tidak boleh terus disesuaikan dalam keadaan harga minyak yang tidak menentu.
Inilah antara sebab-sebab kenapa harga makanan naik dan turun. Harga sewa tanah untuk tujuan pertanian, polisi dan dasar kerajaan berkaitan keselamatan kerajaan, perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah peniaga yang menyimpan stok-stok barang makanan. Semua ini memainkan peranan. Jadilah pengguna yang berwaspada. Laporkan kenaikan harga yang tidak masuk akal kepada pihak berkuasa .
Kena kerja kuat sikit, nak bagi makan anak bini apa nanti?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Penulis Qayyum (@Qayzr) adalah seorang pengamal media dan “kaki kreatif” yang mempunyai minat dalam bidang-bidang lain seperti politik, pendidikan, dan ekonomi, walaupun mempunyai ijazah dalam undang-undang.
*Artikel pertama kali diterbitkan di blog kopitiamekonomi.com
*Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
KopitiamEkonomi
Sat Apr 11 2015
Penulis mengambil kesempatan dari harga barangan yang naik untuk menyalurkan kemarahan dalam bentuk yang lebih berfaedah. - Gambar Hiasan
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum
Pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.
Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Treler terbabit akhirnya ditemui di Lutterworth, Leicestershire, di mana 48 palet produk Apple dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.
Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan
KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan, 11 barang tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.
Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS
Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau tidak perlu.
COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin
Barangan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.
Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik
Harga yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesebuah produk itu lebih berkualiti serta lebih bermutu.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.