awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines cipta sejarah, penerbangan dikendalikan semua petugas wanita

Bernama
Bernama
18/09/2025
07:30 MYT
Malaysia Airlines cipta sejarah, penerbangan dikendalikan semua petugas wanita
Malaysia Airlines turut menyatakan harapan agar penerbangan bersejarah itu menjadi inspirasi kepada warga kerja dan generasi akan datang dalam bidang penerbangan. - Gambar/ Malaysia Airlines
KUALA LUMPUR: Penerbangan MH2610 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mencipta sejarah tersendiri apabila dioperasikan sepenuhnya oleh petugas wanita, yang melibatkan operasi di darat sehingga ke kokpit.
Setiap aspek penerbangan, daripada proses daftar masuk, jurutera, pegawai keselamatan, anak kapal dan juruterbang, dikendalikan sepenuhnya oleh wanita, sekali gus mencerminkan kecekapan, kepimpinan dan keupayaan golongan wanita dalam sektor penerbangan.
"Dengan wanita kini merangkumi 36 peratus daripada tenaga kerja Malaysia Aviation Group, melepasi sasaran inisiatif 25by2025 oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), pencapaian ini bukan sekadar kemajuan, ia juga satu peringatan bahawa langit bukan lagi sempadan," kata Malaysia Airlines menerusi hantaran di Facebook semalam
Malaysia Airlines turut menyatakan harapan agar penerbangan bersejarah itu menjadi inspirasi kepada warga kerja dan generasi akan datang dalam bidang penerbangan untuk terus bercita-cita tinggi serta berani menongkah arus dan mencabar batasan sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#cipta sejarah
#petugas wanita
#penerbangan bersejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan