Skip to main content

Malaysia

Polis siasat penemuan bungkusan naskhah al-quran, buku agama di tepi jalan di Ulu Tiram

Pihak polis membuka satu kertas siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta motif kejadian itu berlaku. - Gambar hiasan
Pihak polis membuka satu kertas siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta motif kejadian itu berlaku. - Gambar hiasan

Ringkasan AI

  • Polis membuka kertas siasatan selepas penemuan 22 naskhah al-Quran dan pelbagai buku agama di tepi jalan kawasan Ulu Tiram semalam.
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti individu terlibat dan motif kejadian.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi serta diminta menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.
Advertisement

JOHOR BAHRU: Polis membuka kertas siasatan berhubung penemuan sejumlah bungkusan plastik mengandungi 22 naskhah al-Quran serta pelbagai buku agama di tepi jalan di kawasan Ulu Tiram di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Victor Genason berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu kira-kira 7 pagi.

Beliau berkata siasatan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat sejumlah bungkusan plastik hitam yang mengandungi tiga naskhah terjemahan al-Quran, 18 naskhah surah Yasin serta pelbagai buku agama, buku teks sekolah dan buku tulis.

Advertisement

“Susulan daripada itu, pihak polis membuka satu kertas siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta motif kejadian itu berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Victor turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan teliti dan adil.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam menerusi talian 07-386 4222.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement