Malaysia Airlines mengenakan had kebenaran bagasi daftar masuk buat sementara waktu bagi laluan Kuala Lumpur-Eropah untuk memastikan keselamatan penumpang memandangkan arus angin kuat yang bukan pada musimnya ketika ini.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata atas tujuan keselamatan, ia yang ketika kini mengendalikan laluan jarak jauh ke Eropah, ditambah dengan arus angin kuat sementara bukan pada musimnya, akan mengehadkan keupayaannya untuk membawa bagasi dalam kargo.
"Laluan penerbangan jarak jauh ini menggunakan lebih banyak bahan api dan atas sebab-sebab keselamatan, Malaysia Airlines terpaksa mengehadkan kebenaran bagasi daftar masuk buat sementara waktu," kata syarikat penerbangan itu.
Mulai malam ini 5 Jan (sehingga diberi tahu kelak), syarikat penerbangan itu hanya dapat menerima bagasi kabin seberat sehingga 7kg -- sebuah beg seberat 7kg untuk penumpang Kelas Ekonomi dan dua beg seberat 14kg (sehingga seberat 7kg untuk sebuah beg) bagi penumpang Kelas Perniagaan/Pertama.
Bagi penumpang yang berhasrat untuk mendaftar masuk bagasi, mereka tetap boleh berbuat demikian, tetapi bagasi mereka hanya akan sampai kemudiannya.
Malaysia Airlines akan menghantar bagasi yang terkandas sebaik sahaja keadaan membenarkan dan penumpang diminta menghubungi talian 1300-88-3000 bagi sebarang pertanyaan mengenai status bagasi didaftar masuk mereka.
"Kami akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah di rantau itu dan memaklumkan kepada penumpang apabila operasi kembali normal. Keselamatan terus menjadi keutamaan operasi syarikat," kata syarikat itu.
Dalam satu kenyataan berasingan, syarikat penerbangan nasional itu berkata kebenaran bagasi biasa bagi penerbangan Malaysia Airlines ke London menggunakan pesawat Airbus A380 telah dibenarkan semula dengan serta merta, walaupun had bagasi daftar masuk masih dikenakan bagi penerbangan ke Amsterdam dan Paris pada 5-6 Jan.
"Sila rujuk kepada bahagian nasihat penerbangan kami untuk mendapat maklumat terkini seterusnya. Makluman terkini seterusnya dijangkakan pada 0100GMT/0900 waktu tempatan Malaysia," kata syarikat itu.
Bernama
Wed Jan 06 2016
Mulai malam ini 5 Jan, Malaysia Airlines hanya dapat menerima bagasi kabin seberat sehingga 7kg -- sebuah beg seberat 7kg untuk penumpang Kelas Ekonomi dan dua beg seberat 14kg bagi penumpang Kelas Perniagaan/Pertama. - Gambar fail
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Pos Laju jangka urus 250 tan bagasi jemaah haji tahun ini
Anggaran bagasi itu akan meyantuni lebih daripada 11 juta alamat.
Syarikat tampil dakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 milik mereka
Siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit.
Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.
22 ular dirampas daripada wanita yang tiba dari KL di Lapangan Terbang Chennai
Penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.
Mayat dikerat 5, disumbat dalam bagasi ditemukan
Pihak polis mengesahkan penemuan mayat tanpa kepala yang ditinggalkan dalam sebuah bagasi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini pagi Selasa.
Penerbangan pertama pesawat komersial sebagai kargo, bawa bekalan perubatan
Selain tempat duduk penumpang, tempat letak bagasi juga digunakan bagi mengisi bekalan-bekalan tersebut.
Gara-gara bawa burung kering naik pesawat, bagasi penumpang dirampas
Pihak berkuasa Amerika Syarikat merampas sebuah bagasi penumpang yang memuatkan paket berisi burung kering di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles , berhampiran Washington DC, Amerika Syarikat (AS).
Demi hiburkan penumpang, pramugari sanggup 'menyorok' dalam ruang simpanan bagasi
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tersebut berkata pramugari itu hanya ingin menghibur dan berseronok dengan penumpang.
Video tular: Campak air zamzam, kakitangan Pos Malaysia digantung kerja
Pos Malaysia Berhad di laman media sosial Facebook, pihaknya juga turut memohon maaf di atas kejadian terpencil tersebut.
GTR AirAsia perkenalkan pusat kawalan digital pertama di Malaysia
Dengan mendigitalkan operasi, proses kemasukan pintu akan dilaksanakan melalui telefon pintar oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan.