IPOH: Sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghasilkan gelang penanda beg yang dinamakan sebagai Reminder Art Craft bagi membantu jemaah umrah di tanah suci Mekah daripada masalah tertukar beg atau bagasi.
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar daripada Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) UPSI bagi memenuhi keperluan kursus Insan Guru Profesional (KPG3013) membabitkan 'Projek Santun Masyarakat'.
Seorang pelajar berkenaan Muhammad Syahmi Syahbuldin, 23, berkata idea bagi menghasilkan penanda beg itu tercetus setelah mengadakan sesi kuliah bersama penyelaras kursus tersebut Dr Harleny Abd Arif yang berkongsi pengalaman beliau melaksanakan umrah sebelum ini.
Muhammad Syahmi yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, berkata idea itu juga tercetus apabila mereka berjumpa dengan satu agensi yang membawa para jemaah untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah iaitu Tiram Travel (Tiram Travel) Sdn Bhd cawangan Tanjung Malim pada Mei lepas.
"Mereka memberitahu beberapa masalah yang sering dihadapi para jemaah Tiram Travel iaitu antaranya kesukaran untuk mengenal pasti beg masing-masing dan daripada situ tercetusnya idea kami untuk menghasilkan produk berbentuk penanda beg ini yang diberi nama Reminder Art Craft," katanya kepada Bernama.
Muhammad Syahmi berkata untuk penghasilan produk itu, mereka mengambil masa selama seminggu bagi menyiapkan penanda beg berkenaan sebanyak 50 unit setelah membuat analisis bahan perlu digunakan sebelum bersetuju menggunakan getah elastik sebagai bahan asas produk tersebut.
Pelajar semester lima jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian itu berkata setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing dalam penghasilan produk, antaranya memotong getah elastik kepada beberapa bahagian dan penghasilan corak, yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyiapkan satu unit penanda beg.
Sementara itu, rakan kumpulannya Al Suhaimi Alsim, 23, berkata setakat ini mereka hanya menghasilkan 50 unit penanda beg itu, dengan 35 daripadanya telah diberikan kepada jemaah umrah Tiram Travel pada bulan lepas.
Dalam pada itu, Harleny yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Seni dan Reka Bentuk, FSKIK UPSI berkata perkara paling penting dalam penghasilan penanda beg itu adalah ia memanfatkan pelajar berkenaan serta masyarakat secara amnya dan produk tersebut boleh dihasilkan sekiranya terdapat peluang.
"Kalau kata dari segi nak komersialkan itu adalah apa sahaja yang dibuat, sama ada skala paling kecil, mudah atau sederhana, selagi ia memberi manfaat kepada diri kita sendiri atau masyarakat, kenapa tidak? Kita perlu bermula dari sekarang," katanya.
Menurut Harleny setiap wakil keluarga telah diberikan produk yang sama warnanya bagi memudahkan pengecaman sekiranya berlaku kekeliruan mengenal pasti beg dalam kalangan jemaah umrah Tiram Travel pada bulan lepas.
Selain itu, beliau berkata sekiranya selepas ini ada pihak yang mahu berbincang untuk penambahbaikan terhadap penanda beg itu yang akan memberi manfaat kepada komuniti, idea mereka amatlah dialu-alukan.
Menurutnya sebagai seorang pensyarah, beliau hanya merupakan fasilitator, memberi bimbingan, aspirasi dan motivasi kepada pelajarnya untuk menyiapkan serta melakukan suatu tugasan dengan sebaik mungkin.
"Sekiranya ada kita kata hasrat pihak-pihak lain yang nak komersialkan (penanda beg tersebut), insya-Allah kita berbincang dan apa sahaja untuk kebaikan diri kita, masyarakat bagi saya, kita raikan insya-Allah kita boleh ke arah yang lebih baik, memberi manfaat kepada komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Idea itu tercetus apabila mereka berjumpa dengan satu agensi yang membawa para jemaah untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. - Gambar hiasan
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.