KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik (EV) kerana ia mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport, kata Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM).
Presidennya, Datuk Dennis Chuah berkata, Malaysia mempunyai infrastruktur, kumpulan tenaga kerja, kemahiran dan teknologi inovatif yang tepat untuk menyokong industri EV dan memenuhi keperluan rantaian nilai global di Asia Tenggara dan melangkauinya.
"Sudah ada segelintir syarikat Malaysia yang mengeksport komponen kepada pengeluar EV.
"Syarikat automotif tempatan telah mengumumkan rancangan untuk EV pertama mereka dan kami melihat lebih ramai pemain automotif asing memasuki ke Malaysia," katanya pada sidang media E-Mobility Asia di sini pada Selasa.
Chuah berkata, kerajaan telah menyediakan insentif untuk meningkatkan penggunaan EV melalui pengecualian cukai dan pemasangan 10,000 unit pengecasan EV menjelang 2025.
"Walaupun secara asasnya EV di Malaysia pada masa ini adalah rendah iaitu kurang daripada satu peratus pemilikan kereta, berita baiknya ialah permintaan semakin meningkat.
"Ini menunjukkan penggunaan EV bersedia untuk pengembangan kerana pengguna berusaha lebih sedar untuk menjadi mesra alam dan mereka melihat terdapat pilihan di hadapan mereka dan kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Chuah berkata kerajaan telah menyediakan insentif untuk meningkatkan penggunaan EV melalui pengecualian cukai dan pemasangan 10,000 unit pengecasan EV menjelang 2025. - Gambar hiasan/Unsplash

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.

EV smart #1 kini dibuka untuk tempahan, harga dijangka bermula RM200,000
Barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan Brabus yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.

MITI berharap insentif pembelian EV dimasukkan dalam Belanjawan 2024 - Tengku Zafrul
MITI akan terus menyokong pertumbuhan infrastruktur pengecasan EV untuk kenderaan dua roda, sama seperti usaha kerajaan yang komited untuk memasang 10,000 pengecas EV menjelang 2030.

Texas akan kenakan caj ke atas kenderaan elektrik
Mulai September, pemandu EV di Texas perlu bayar caj tambahan AS$200 setiap tahun untuk mendaftar kenderaan mereka.

Tesla lancar EV pertama di Malaysia, Model Y dengan harga bermula RM199,000
Tesla secara rasminya dilancarkan di Malaysia apabila sebuah model kenderaan elektrik (EV) diperkenalkan iaitu Model Y bagi pasaran Malaysia.

Johor nyatakan kesediaan jadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla
Kerajaan negeri telah menyatakan kesediaan dan potensi Johor untuk menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

Pasaran EV untuk ASEAN, sumber kekayaan baharu untuk Malaysia - CEO SIRIM
Pasaran 600 juta populasi negara-negara ASEAN boleh menjadi sumber kekayaan baharu untuk Malaysia dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

Kerajaan sasar 1.5 juta EV dalam negara menjelang 2040 - Nik Nazmi
Kerajaan menyasarkan sejumlah 1.5 juta kenderaan elektrik (EV) dalam negara menjelang 2040, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Bangunkan bidang pertumbuhan baharu bagi tingkatkan permintaan semikonduktor - MIDA
Malaysia perlu membangunkan bidang pertumbuhan baharu, termasuk sektor tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik (EV), bagi meningkatkan permintaan untuk cip semikonduktor di negara ini.

Isu projek LCS, dasar galak guna EV antara tumpuan Parlimen hari ini
Wakil rakyat Lumut bertanya langkah kerajaan bagi mengatasi isu projek LCS yang menjejaskan perancangan Transformasi 15-to-5 TLDM.