Malaysia yang mempunyai asas yang kukuh, struktur ekonomi yang pelbagai serta kecairan yang mencukupi dalam pasaran kewangannya, berada pada kedudukan yang baik untuk menempuh sebarang ketidaktentuan susulan keputusan referendum UK (Brexit), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya yakin, kita dapat menangani tempoh yang tidak menentu ini.
"Kerajaan akan terus mengukuhkan ekonomi dan meneruskan pembaharuan fiskalnya," kata Najib menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata keputusan UK keluar dari Kesatuan Eropah (EU) yang dianggotai 28 negara, tidak memberi impak besar ke atas ekonomi Malaysia.
Najib berkata kerajaan akan memantau rapat perkembangan Brexit dan akan terus berwaspada terhadap sebarang risiko ekonomi yang bakal muncul.
Beliau berkata walaupun UK dianggap sebagai rakan penting dalam semua bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan dan pelancongan, pendedahan ekonomi Malaysia terhadap negara itu terhad.
UK bukan antara 10 rakan dagang utama Malaysia dan hanya menyumbang kira-kira satu peratus daripada jumlah dagangan.
Najib berkata terdapat kemungkinan dagangan Malaysia-UK meningkat sekarang jika negara berkenaan mencari negara penting yang strategik melepasi EU.
"Apa pun yang akan berlaku, saya yakin hubungan Malaysia-UK akan kekal dan diperkukuh.
"Kami sekutu dalam memerangi keganasan, kesan yang turut menjejaskan semua. Kita mesti kekal bersatu dalam tindakan jangka panjang," katanya.
Antara syarikat utama British yang beroperasi di Malaysia ialah Rolls-Royce, Dyson dan BaE Systems manakala syarikat Malaysian yang melabur di UK termasuk Sime Darby Bhd dan SP Setia Bhd, yang memacu pembangunan semula mercu tanda penting London, Battersea Power Station.
Mengenai peletakan jawatan oleh Perdana Menteri Britain David Cameron susulan keputusan Brexit, Najib berkata beliau menghormati keputusan Cameron.
"Saya mempunyai hubungan kerja yang hebat dengan Cameron. Saya menunggu untuk bekerja bersama penggantinya," kata Najib.
Britain merupakan negara pertama yang meninggalkan blok yang wujud 60 tahun lepas selepas berdekad sangsi terhadap kesatuan politik yang mahu diwujudkan oleh Eropah.
Bernama
Fri Jun 24 2016
Najib berkata terdapat kemungkinan dagangan Malaysia-UK meningkat sekarang jika negara berkenaan mencari negara penting yang strategik melepasi EU. - fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.
Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.
Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.
Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.