KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Eksport meningkat 25 peratus kepada RM1.6 trilion pada 2022 berbanding RM1.2 trilion pada 2021, manakala import meningkat 31.3 peratus kepada RM1.3 trilion berbanding RM987.3 bilion setahun sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan sempena laporan Statistik Perdagangan Malaysia Mengikut Negeri 2023 hari ini.
Ia berkata tujuh negeri mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk eksport dan import iaitu Labuan, Sarawak, Kedah, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.
Eksport yang lebih tinggi dicatatkan di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM107.7 bilion, 30.3 peratus), Johor (RM84.7 bilion, 35.2 peratus), Sarawak (RM45.4 bilion, 52.7 peratus), Selangor (RM22. 4 bilion, 8.8 peratus), Kedah (RM14.4 bilion, 36.1 peratus), Sabah (RM8.8 bilion, 27.0 peratus), Labuan (RM8.2 bilion, 75.3 peratus), Kuala Lumpur (RM2.9 bilion, 4.5 peratus), dan Pahang (RM2.9 bilion, 8.9 peratus), katanya.
Jabatan itu berkata eksport juga meningkat di Negeri Sembilan (RM2.2 bilion, 9.4 peratus), Melaka (RM1.2 bilion, 4.1 peratus), Kelantan (RM1.2 bilion, 42.1 peratus), Perlis (RM392.1 juta , 34.2 peratus) dan Terengganu (RM325.7 juta, 1.9 peratus).
Bagaimanapun, ia berkata eksport di Perak menyusut RM2.2 bilion atau 5.6 peratus kepada RM37.1 bilion.
DoSM berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia dengan menyumbang 29.9 peratus, diikuti Johor (21 peratus) dan Selangor (17.8 peratus).
"Pertumbuhan eksport itu disokong oleh eksport litar elektronik bersepadu yang kukuh di Pulau Pinang dan Selangor, manakala produk petroleum bertapis merupakan penyumbang utama eksport di Johor," katanya.
Jabatan itu berkata, import yang lebih tinggi dicatatkan oleh semua negeri, iaitu Johor (RM96.3 bilion, 49.7 peratus), Pulau Pinang (RM61.1 bilion, 26.4 peratus), Selangor (RM56.0 bilion, 20.2 peratus), Kedah (RM16.2 bilion, 28.0 peratus), Melaka (RM15.6 bilion, 61.4 peratus), Kuala Lumpur (RM15.5 bilion, 21.0 peratus), dan Negeri Sembilan (RM12.9 bilion, 41.2 peratus) .
Ia berkata peningkatan dalam import turut dicatatkan oleh Sarawak (RM10.8 bilion, 46.0 peratus), Pahang (RM7.3 bilion, 47.7 peratus), Perak (RM4.8 bilion, 14.9 peratus), Sabah (RM2.1 bilion, 25.8 peratus), Labuan (RM1.4 bilion, 71.2 peratus), Terengganu (RM1.1 bilion, 21.9 peratus), Perlis (RM425.0 juta, 50.9 peratus) dan Kelantan (RM191.0 juta, 9.9 peratus).
Sementara itu, DoSM menyatakan Selangor kekal mendominasi import Malaysia dengan 25.7 peratus, diikuti Pulau Pinang (22.6 peratus) dan Johor (22.4 peratus).
Import yang tinggi dicatatkan di Selangor disumbangkan oleh barangan elektrik dan elektronik lain. Di samping itu, litar elektronik bersepadu merupakan penyumbang utama import di Pulau Pinang. Manakala keluaran petroleum bertapis merupakan penyumbang utama import di Johor.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023

Tujuh negeri mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk eksport dan import iaitu Labuan, Sarawak, Kedah, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah. - Gambar fail/Bernama
![[LAPOR LANGSUNG] PM Sepanyol sekali lagi cetus kemarahan Israel [LAPOR LANGSUNG] PM Sepanyol sekali lagi cetus kemarahan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701401820_TBEgyptjpg.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PM Sepanyol sekali lagi cetus kemarahan Israel
Komen Perdana Menteri itu mendorong kerajaan Israel memanggil duta Sepanyol untuk teguran buat kali kedua dalam tempoh kurang 10 hari.

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.

Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.

Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.

Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.

IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB
Jangkaan pertumbuhan akan didorong oleh pemulihan dalam keadaan pandemik global, migrasi rangkaian selular global dan pembukaan semula sepenuhnya di ASEAN.