awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
04/02/2026
10:33 MYT
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Jabatan Penjara menegaskan tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan perundangan, selari dengan usaha mengekalkan integriti dan profesionalisme. - Jabatan Penjara Malaysia
KUALA LUMPUR: Susulan dakwaan salah laku dan rasuah melibatkan pegawai penjara, Jabatan Penjara Malaysia menyerahkan sepenuhnyakepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan terhadap pegawai terlibat.
Jabatan Penjara berkata, pihaknya telah mengambil maklum operasi SPRM di Penjara Bintulu, Sabah yang melibatkan beberapa pegawai bagi membantu siasatan.
"Jabatan Penjara memandang serius sebarang dakwaan salah laku atau rasuah, dan akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang proses siasatan," menurutnya dalam satu kenyataan pada Rabu
Jabatan itu turut menegaskan tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan perundangan, selari dengan usaha mengekalkan integriti dan profesionalisme dalam perkhidmatan penjara.
Terdahulu, 11 pegawai penguat kuasa direman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Bintulu bagi membantu siasatan, dengan tempoh reman berbeza-beza antara tiga hingga lima hari.
Siasatan awal mendapati dakwaan rasuah itu berlaku antara 2020 hingga 2025, melibatkan wang antara RM2,400 hingga RM45,000 yang diminta daripada ahli keluarga banduan bagi menjaga keselamatan serta memudahkan urusan mereka di penjara.

Topic Berkaitan
#Jabatan Penjara Malaysia
#dakwaan rasuah
#SPRM
#Penjara Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan