KUALA LUMPUR: Prestasi dagangan Malaysia bagi September 2021 meningkat sebanyak 25.5% kepada RM195.5 bilion berikutan pertumbuhan 2 angka eksport dan import yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan menerusi Buletin Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia September 2021 yang dikeluarkan pada Khamis.
Ia menyaksikan eksport merekodkan nilai bulanan tertinggi dengan berkembang 24.7% kepada RM110.8 bilion berbanding tahun sebelumnya manakala import menokok 26.5% kepada RM84.7 bilion tahun ke tahun.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan eksport itu disokong oleh eksport domestik dan eksport semula yang merupakan peningkatan bagi 13 bulan berturut-turut sejak September 2020.
Katanya, eksport domestik berjumlah RM87.7 bilion dan menyumbang sebanyak 79.1% kepada jumlah eksport iaitu peningkatan sebanyak 22.4% manakala eksport semula mencatat nilai sebanyak RM23.2 bilion iaitu kenaikan 34.1% tahun ke tahun.
"Lebihan dagangan berkembang sebanyak 19.1% kepada RM26.1 bilion. Seiring dengan pemulihan aktiviti ekonomi domestik susulan daripada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), prestasi bulan ke bulan bagi eksport, import, jumlah dagangan dan lebihan dagangan juga menunjukkan pertumbuhan kukuh dengan masing-masing berkembang 16%, 14.2%, 15.2% dan 22.2%,” katanya dalam buletin berkenaan.
Selaras dengan pertumbuhan tahunan itu, sebanyak 168 daripada 254 kumpulan barangan untuk eksport telah menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Import menyaksikan sejumlah 147 daripada 260 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif.
Dalam pada itu, ia menyaksikan, peningkatan eksport disumbangkan terutama oleh eksport yang lebih tinggi ke Singapura diikuti China, Amerika Syarikat (AS), Indonesia, India, Hong Kong dan Jepun.
China terus menjadi penyumbang utama kenaikan import sebanyak RM4.6 bilion diikuti Singapura, Kesatuan Eropah, Indonesia, Taiwan, AS dan Republik Korea.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Thu Oct 28 2021
Sebanyak 168 daripada 254 kumpulan barangan untuk eksport telah menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lepas. - Foto fail
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Industri kreatif digital Malaysia rekod eksport berjumlah RM1 bilion pada 2022 - Gobind Singh
Gobind berkata, negara memiliki lebih 300 studio yang terlibat dalam animasi, permainan, filem dan pelbagai aspek teknologi kreatif.
MIFF 2024 dijangka raih jualan US$1.3 bilion
Anggaran US$1.3 bilion merupakan kira-kira separuh daripada jumlah eksport perabot Malaysia.
Eksport di sembilan negeri catat peningkatan pada Januari 2024 - DOSM
Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama menyumbang 28.2 peratus, diikuti Johor (22.4 peratus), Selangor (18.0 peratus), Sarawak (8.7 peratus), dan Kuala Lumpur (4.5 peratus).
Jumlah perdagangan Malaysia bagi November 2023 cecah RM231.8 bilion
Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport dan import masing-masing sebanyak RM122.1 bilion dan RM109.7 bilion.
MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.
Industri perabot hijau berpotensi jadi 'the next trillion dollar business' - Fadillah
Industri perabot hijau dapat meningkatkan industri perabot di Malaysia selain menyumbang kepada peningkatan ekonomi hijau di negara ini.
Eksport minyak sawit ke China meningkat pada 2023 - TPM Fadillah
Tahun lepas, eksport minyak sawit dan produk berkaitan minyak sawit dari Malaysia ke China mencecah AS$3.72 bilion atau RM14.86 bilion.