NATIONAL
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang

Anwar (foto) menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
- Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan. Laporan ini dijadual dibentangkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.
- Anwar menyatakan bahawa laporan RCI mendedahkan kelemahan pengendalian isu tersebut dan unsur pengkhianatan, menekankan pentingnya memperjuangkan setiap inci tanah negara.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, laporan itu dijadual dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.
Sebelum ini Anwar berkata laporan RCI itu mendedahkan kelemahan pengendalian isu berkenaan selain wujud unsur pengkhianatan.
Beliau berkata kelemahan pengendalian berkaitan isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana negara perlu perjuangkan setiap inci tanah di dalam negara ini secara sehabis-habisan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami