awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Singapura meterai MoU projek kereta api berkelajuan tinggi ikonik

Luqman Hariz
Luqman Hariz
19/07/2016
07:30 MYT
Malaysia dan Singapura meterai MoU projek kereta api berkelajuan tinggi ikonik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan projek HSR. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dijangka akan mula beroperasi pada 2026.
"Menteri dan pegawai dari kedua-dua kerajaan telah bekerja keras sejak beberapa tahun lalu, sejak pengumuman projek HSR mula dibuat pada Februari 2013," kata Datuk Seri Najib ketika menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua negara bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
HSR yang dijangka mempunyai jarak trek berjumlah 350 kilometer pada asalnya mempunyai anggaran tarikh operasi pada 2020.
Ia bagaimanapun dilaporkan ditunda ekoran skala dan kerumitan projek rentas sempadan itu.
Jaringan rel kereta api tersebut dijangka memendekkan tempoh perjalanan dari ibu negara ke Singapura kepada 90 minit berbanding memandu kereta.
Datuk Seri Najib turut menzahirkan keyakinan beliau terhadap potensi HSR dalam memantapkan lagi kerjasama ekonomi kedua negara.
"Projek ini melambangkan masa depan ekonomi Malaysia dan Singapura, kerjasama dan kemakmuran yang semakin meningkat antara kedua negara akan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara," tambahnya.
Sementara itu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut melahirkan rasa optimis terhadap kejayaan projek itu.
"Projek ini melibatkan pelaburan yang besar bagi kedua negara, baik dari segi sumber asli, pembiayaan mahupun usaha kolektif organisasi.
"Semua ini menjadi lambang kepada keakraban & keinginan kedua negara untuk terus merapatkan kerjasama ekonomi kami," katanya.
Projek HSR merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Datuk Seri Najib berkata susulan MoU ini, kedua-dua negara akan merangka perjanjian bilteral menjelang hujung tahun ini.
Ini kemudiannya akan membolehkan proses pembidaan dimulakan menjelang 2017.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#HSR
#keretapi laju
#Lee Hsien Loong
#Malaysia-Singapura
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan