KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam kalangan 15 pasaran global yang meningkatkan nisbah purata kelajuan muat turun pengguna menggunakan 5G berbanding 4G dengan kenaikan 25.7 kali ganda, menurut Opensignal.
Syarikat analisis mudah alih berpangkalan di United Kingdom itu dalam analisis definitif terkini mengenai peneraju 5G di seluruh dunia berkata, bagaimanapun, jumlah pengguna 5G di Malaysia adalah kecil dan nisbah itu dijangka berkurangan apabila penggunaan 5G meningkat.
"Adalah penting untuk memahami keadaan yang berbeza bagi pelaksanaan 5G di seluruh pasaran, 5G masih baharu di Malaysia dan pengguna 5G adalah kecil," katanya.
Setakat ini, hanya dua operator telah mendaftar untuk menggunakan 5G bagi rangkaian borong tunggal.
"Ujian sebenar bagi Malaysia akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila pelbagai operator di Malaysia memasarkan 5G," katanya.
Opensignal berkata rangkaian borong 5G di Malaysia hanya meliputi rangkaian akses, terutamanya menara sel, dan operator di Malaysia meneruskan penggunaan rangkaian teras yang sedia ada dan merangkai padan bagi membolehkan pengalaman yang sempurna kepada pengguna.
Bagaimanapun, katanya, Malaysia melonjak pada kedudukan yang tinggi bagi kesemua tiga kategori kelajuan 5G - kelajuan muat turun, kelajuan muat turun puncak dan kelajuan muat naik, di samping pengalaman permainan 5G bagi kategori pengalaman.
Menurutnya, bagi kategori pengalaman, Malaysia meraih kedudukan dalam ruang yang menekankan kepentingan pengalaman menyeluruh bagi penstriman video, permainan mudah alih berbilang pemain dan komunikasi suara.
Sementara itu, Opensignal berkata Korea Selatan berada pada kedudukan teratas bagi kelajuan muat turun 5G global dengan enam pasaran telah melebihi paras 300 Megabit sesaat (Mbps) berbanding tiga pada Mac 2022.
"Korea Selatan, Sweden dan Emiriah Arab Bersatu telah disertai oleh Bulgaria, Norway dan Malaysia walaupun Malaysia adalah anomali berikutan kadar pengambilan 5G yang terhad setakat ini dan pengalaman 5G di sana dijangka merosot mendadak memandangkan lebih ramai pengguna dan operator yang memanfaatkan 5G," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022

Malaysia melonjak pada kedudukan tinggi bagi tiga kategori kelajuan 5G - muat turun, muat turun puncak dan muat naik, di samping pengalaman permainan 5G bagi kategori pengalaman. - Gambar fail

China di Asia Timur: Keamanan Asia Tenggara terikat kepada kestabilan
Keamanan di Asia Tenggara secara amnya dan Malaysia secara khususnya terikat secara langsung kepada kestabilan dan keamanan rantau Asia Timur.

Banjir Di Baling | Mati berpelukan, simbol kasih sayang keluarga
Penemuan dua mayat mangsa tragedi banjir di Kampung Iboi, Baling Kedah, dalam keadaan berpelukan di Kampung Iboi, menjadi saksi eratnya kasih sayang menantu kepada mentuanya. Suami mangsa, Mohd. Khairul Asraf Nor Azman, Allahyarham isterinya, Nur Anis Abu Hasan sebelum ini meminta kebenarannya untuk menjaga ibunya yang terlantar akibat menghidap strok.

Banjir Di Baling | Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Dua buah Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah terpaksa dihenti tugas pada lewat malam Selasa. Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md nor, ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Banjir Di Baling | Jambatan segera dibina di kawasan Lata Celak
Sebuah jambatan sementara akan segera dibina di Lata Celak, Kampung Iboi, Kupang selepas jambatan konkrit sedia ada runtuh dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air dan banjir dua hari lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan pembinaan jambatan itu bertujuan memastikan aktiviti seharian penduduk tidak terjejas termasuk pergerakan ke sekolah dan masjid.

Banjir Di Baling | Jumlah mangsa di PPS menurun
Jumlah mangsa banjir akibat kepala air membabitkan 12 kampung yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, P-P-S di Baling menurun kepada 495 orang daripada 109 keluarga. Jumlah itu dilaporkan setakat jam 11 pagi ini berbanding jumlah mangsa semalam iaitu 1,455 mangsa.

Banjir Di Baling | Tiga sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Tiga sekeluarga yang ditemui maut susulan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi. Jenazah, Salmah Mat Akib, 54 tahun, menantunya,Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, yang hamil empat bulan dan anaknya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta dan AS$8 juta.

Banjir | Belum reda, peniaga diuji insiden kebakaran
Belum reda banjir, seorang peniaga diuji sekali lagi apabila rumah kedai miliknya musnah terbakar di Kampung Masjid Iboi, Kupang, Baling, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan pada jam 9.35 malam.

Jenayah | Lelaki tikam ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sini.

Penjagaan Maritim | 3 bot nelayan Vietnam lucut hak, dijadikan tukun
Sebanyak tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak, ditenggelamkan dan disemadikan sebagai tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemuanya ditahan menerusi Op Naga barat dan Op Kuda Laut melibatkan penahanan 22 kru termasuk tekong warga Vietnam.

Banjir Baling: AIM serahkan bantuan, laksana moratorium bersasar enam bulan
Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum dari Turkiye - PM
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Julai 2022.

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

Malaysia, Indonesia perlu bekerjasama bina semula industri acara perniagaan - MYCEB
MyCEB akan berusaha untuk menjadikan kerjasama itu sebagai bermakna dan berjaya.

Food@Campus Keluarga Malaysia diteruskan
KPT meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di IPT melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Ikmal Hisham nafi beri jam, payung untuk 'pancing' rakyat hadir majlis PN
Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral