KUALA LUMPUR: Malaysia meraih kedudukan pertama dalam Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2021 dan diikuti Indonesia iaitu pencapaian tahun kedua berturut-turut bagi negara-negara tersebut, kata penyedia data pasaran kewangan Refinitiv.
Malah, Malaysia turut menerajui senarai bagi indikator Pengetahuan, Pembangunan Kuantitatif, Tadbir Urus dan Kesedaran.
Menurut Refinitiv, edisi kesembilan Laporan Pembangunan Kewangan Islam 2021 menunjukkan skor atau pemarkahan bagi IFDI 2021 mengambil kira elemen penting yang membentuk tahun pandemik 2020 bagi sejumlah 135 negara.
Pada tahun lepas, Indonesia berada dalam kelompok tiga negara teratas manakala bagi IFDI 2021, Arab Saudi mencatat peningkatan serupa.
Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing di tempat keempat dan kelima daripada ketiga dan keempat, sebelum ini.
"Walaupun terdapat pergerakan dalam skor serta kedudukan negara-negara dan indikator berbeza, petunjuk IFDI global secara keseluruhannya meningkat sedikit kepada 11.0 bagi 2021 daripada 10.8 pada 2020.
"Peningkatan ini memaparkan kekukuhan dan pembangunan industri kewangan Islam walaupun berdepan cabaran tidak dijangkakan akibat pandemik bagi sebahagian besar tempoh 2020 itu," katanya.
Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pelaksanaan Pengantaraan Bersasaskan Nilai (VBI) oleh bank-bank Islam Malaysia sejak 2017 dan terbaharu melibatkan pengendali takaful, menggambarkan usaha strategik industri kewangan Islam bagi menghasilkan impak positif dan mampan.
Menurutnya, ini disokong oleh empat teras iaitu pemikiran keusahawanan, pemerkasaan masyarakat, tadbir urus kendiri yang baik serta amalan terbaik.
Industri itu menggunapakai pendekatan keseluruhan organisasi bagi merealisasikan nilai-nilai VBI dalam amalan institusi selain penyelesaian dan pemprosesan.
"Kita telah menyaksikan momentum positif dalam industri perbankan Islam sejak penerbitan kertas strategi berkaitan pada 2017 yang menyaksikan pengantaraan urus niaga berkaitan VBI bernilai lebih US$38.6 bilion (US$1=RM4.17) setakat Disember 2020," katanya.
Bagi industri perbankan Islam, Komuniti Pengamal (CoP) VBI telah menyumbang dari segi sokongan terhadap peralihan ke arah agenda kemampanan.
Malah, beberapa contoh menunjukkan kalangan anggota CoP VBI itu telah diperkasa untuk menerajui usaha-usaha kemampanan di peringkat kumpulan kewangan masing-masing.
Anggota terbabit turut aktif mewujudkan dokumen panduan utama dalam usaha melengkapkan tindak balas industri lebih meluas terhadap perubahan iklim.
"Tahun ini, CoP VBI mengeluarkan enam garis panduan sektor VBI, sekali gus melengkapkan Perubahan Iklim dan Prinsip berasaskan Taksonomi (CCPT) yang diterbitkan BNM pada April 2021.
"Di peringkat sektor secara terperinci, garis panduan ini berperanan sebagai alat pengurusan risiko berasaskan impak untuk minyak sawit, tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, pembuatan, pembinaan dan infrastruktur serta minyak dan gas," katanya.
Nor Shamsiah berkata industri perbankan Islam juga menyokong 4,500 projek tenaga boleh baharu dan hijau bernilai lebih US$2.2 bilion.
Penerbitan Rangka Kerja VBI bagi Takaful (VBIT) pada Jun 2021 juga menandakan pengamalan prinsip VBI dalam industri takaful.
Rangka kerja itu, juga terpakai untuk sektor insurans, menerapkan prinsip VBI ke dalam operasi dan penyelesaian perniagaan yang menggalakkan daya tahan kewangan.
Pelarasan antara teras asas VBIT dengan Prinsip Insurans Mampan (PSI) membuka peluang untuk kerjasama lebih besar antara pengendali insurans dan takaful dengan pengamal global bagi memenuhi keperluan ekonomi dan masyarakat.
Beberapa contoh jelas adalah perlindungan pada harga yang berpatutan untuk kumpulan berpendapatan rendah daripada situasi sukar dalam kehidupan selain golongan petani daripada keadaan cuaca buruk.
Melangkah maju, industri kewangan Malaysia sedang mempertingkatkan struktur tadbir urusnya dan menambah pemerolehan bakat untuk memperkemas penyampaian penyelesaian berasaskan nilai.
Ini melibatkan pelantikan ketua pegawai kemampanan dan pembentukan jawatankuasa khas kemampanan.
Usaha juga sedang dilakukan untuk mempertingkatkan ketelusan dan pendedahan amalan berkaitan kemampanan menerusi laporan kemampanan.
Momentum kemampanan yang kian meningkat di peringkat domestik dan antarabangsa memberikan peluang besar kepada kewangan Islam untuk menonjolkan saranan nilainya.
Kemajuan pelaksanaan VBI yang memberangsangkan oleh institusi kewangan Islam (IFI) membuktikan komitmen mereka terhadap penciptaan nilai positif dalam pengantaraan kewangan.
"Kita menjangkakan IFI membangunkan berasaskan pengalaman ini dan kemudiannya menerajui inisiatif kemampanan dalam sektor kewangan.
"Ini seterusnya akan memperhebat kelebihan IFI untuk memanfaatkan peluang yang semakin meningkat dalam bahagian ini," katanya.
Nor Shamsiah berkata BNM komited dalam menyokong kemajuan ini dengan menyediakan persekitaran kawal selia yang positif untuk meningkatkan amalan VBI oleh industri kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pelaksanaan VBI oleh bank-bank Islam dan pengendali takaful menggambarkan usaha strategik industri kewangan Islam bagi menghasilkan impak positif dan mampan. - Gambar hiasan
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Malaysia raih tempat pertama dalam kedudukan kewangan Islam global untuk tahun ke-10
Malaysia turut meraih tempat pertama bagi empat sub kategori iaitu prestasi kewangan, tadbir urus, kesedaran dan kemampanan.
Malaysia di tempat pertama Indikator Pembangunan Kewangan Islam 2021
Malaysia turut menerajui senarai bagi indikator Pengetahuan, Pembangunan Kuantitatif, Tadbir Urus dan Kesedaran.