KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk tahun kesepuluh berturut-turut, kata Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).
Dalam satu kenyataan, MIFC berkata berdasarkan kepada 'Islamic Corporation for the Development of the Private Sector (ICD)-Refinitiv IFDI Report 2022' yang diterbitkan baru-baru ini, Malaysia turut meraih tempat pertama bagi empat sub kategori iaitu prestasi kewangan, tadbir urus, kesedaran dan kemampanan.
Laporan itu juga merangkumi prospek pertumbuhan industri. Industri kewangan Islam global mempunyai jumlah aset bernilai US$4 trilion (US$1=RM4.43) pada 2021. Ia dijangka mencecah US$5.9 trilion menjelang 2026, kata kenyataan itu.
Menurut laporan itu, Malaysia berada di tempat pertama dengan jumlah skor IFDI 2022 sebanyak 113 mata, mendahului Arab Saudi yang di kedudukan kedua dengan 74 mata, Indonesia (61 mata), manakala Bahrain dan Kuwait kedua-duanya berkongsi 59 mata.
IFDI menyediakan analisis terperinci tentang faktor utama yang memacu pertumbuhan dan pembangunan industri di seluruh dunia kepada pihak berkepentingan dalam kewangan Islam seperti kerajaan dan institusi kewangan.
IFDI global 2022 mengukur prestasi 136 negara dalam lima kategori iaitu prestasi kewangan, tadbir urus, kemampanan, pengetahuan dan kesedaran.
"Markah purata untuk 136 negara ialah sembilan; 38 negara mendapat markah melebihi purata manakala majoriti jatuh di bawah sembilan.
"Disebabkan oleh perubahan dalam metodologi IFDI tahun ini, markah dan kedudukan tidak dapat dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya," kata laporan itu.
Laporan itu menekankan bahawa kekuatan terbesar bagi ekosistem kewangan Islam Malaysia ialah kesedaran, pengetahuan dan kemampanan. Arab Saudi mengikuti rapat di belakang Malaysia.
Indonesia pula menunjukkan prestasi kukuh dalam pengetahuan dan mendapat markah yang baik dalam tadbir urus, dan ia meraih tempat ketiga.
Negara lain yang berada di kedudukan 10 teratas termasuk Bahrain, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Pakistan, Qatar dan Bangladesh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
MIFC berkata, menurut ICD-Refinitiv IFDI Report 2022, Malaysia berada di tempat pertama dengan jumlah skor sebanyak 113 mata, mendahului Arab Saudi di kedudukan kedua (74) dan Indonesia (61).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.