KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.0 peratus tahun ini dan 4.5 peratus bagi 2024 berikutan penurunan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) September, kata AmBank (M) Bhd.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan pengurangan marginal 0.5 peratus tahun ke tahun semalam dalam IPP September 2023, selepas mencatat pertumbuhan negatif 0.3 peratus pada Ogos 2023.
AmBank dalam nota penyelidikan berkata pengeluaran pembuatan dijangka kekal di bawah tekanan dalam tempoh terdekat berpandukan kepada Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan yang terus mengalami kemerosotan.
Ia menjangkakan keadaan akan bertambah baik pada 2024, selain itu Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengunjurkan eksport global akan meningkat.
"Dalam pada itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran KDNK China sebanyak 40 mata asas kepada 4.6 peratus pada 2024 baru-baru ini, justeru menawarkan sedikit harapan untuk aktiviti pembuatan yang lebih baik," kata firma penyelidikan itu.
Bagaimanapun, risiko geopolitik yang semakin meningkat, tempoh kadar faedah tinggi yang berpanjangan dan ketidakpastian mengenai pasaran hartanah China adalah faktor risiko utama yang boleh menjejaskan prospek berkenaan, katanya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin semalam berkata penurunan IPI September kebanyakannya dipengaruhi oleh kemerosotan 5.2 peratus dalam sektor perlombongan.
Sebaliknya, sektor pembuatan kembali kepada pertumbuhan marginal 0.4 peratus pada September 2023 selepas merosot selama tiga bulan berturut-turut manakala sektor elektrik meningkat sebanyak 2.5 peratus berbanding 1.9 peratus yang dicatatkan pada Ogos 2023, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
AmBank menjangkakan keadaan akan bertambah baik pada 2024, selain itu Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengunjurkan eksport global akan meningkat.- Gambar fail
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.