Hong Kong: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Biro Statistik Negara (NBS) pada Selasa, ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.

“Pada bulan lalu, tinjauan rasmi menunjukkan Indeks Pembelian Pengurusan Pembuatan China (PMI) berkembang buat kali pertama dalam tempoh enam bulan.

“PMI pembuatan Caixin/S&P juga mencecah bacaan paling kukuh dalam tempoh lebih setahun, apabila permintaan luar negara meningkat.

“China telah menetapkan sasaran pertumbuhan tahunan sekitar lima peratus untuk 2024, yang mana ramai penganalisis anggap sebagai cabaran besar, setelah melihat kepada keyakinan pengguna dan perniagaan yang masih lemah serta sektor hartanah berada dalam kemerosotan yang berpanjangan,” katanya.

Antara lain, pihak berkuasa telah mengurangkan kadar faedah tahun ini bagi memacu pinjaman bank dan mempercepatkan perbelanjaan kerajaan Pusat dalam menyokong pelaburan infrastruktur. - Agensi