awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel - Anthony Loke
Venezuela perlu serah sehingga 50 juta tong minyak kepada AS - Trump
Kes tender perolehan Tentera Darat: SPRM kesan wang tunai RM2.4 juta cuba dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas bagi Malaysia-UAE - Zafrul

Bernama
Bernama
06/10/2023
03:57 MYT
Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas bagi Malaysia-UAE - Zafrul
Zafrul (dua, kanan) pada pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pemimpin industri di UAE pada Khamis. - Foto FB Anwar Ibrahim
ABU DHABI: Malaysia meramalkan peluang perdagangan dan pelaburan yang luas untuk dimanfaatkan oleh Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
UAE sering menjadi laluan kepada Malaysia untuk memasuki pasaran Asia Barat, katanya sambil memaklumkan bahawa dari segi pelaburan, ketika ini UAE adalah pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam.
"Sehingga kini, pelaburan yang dilaksanakan dari UAE berjumlah sehingga AS$388.8 juta (RM1.48 bilion) dalam pelbagai projek pembuatan di Malaysia," katanya dalam ucapan alu-aluan pada pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pemimpin industri di UAE pada Khamis.
Hadir sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Negeri bagi Perdagangan Asing UAE Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi.
Anwar berkata ASEAN menawarkan potensi besar berikutan mempunyai penduduk sebanyak 678 juta dan kombinasi Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah AS$3.7 trilion pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia UAE
#peluang perdagangan
#Tengku Zafrul
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan