Malaysia meminta China memberi pertimbangan untuk menambah laluan dan mengubah jadual bagi syarikat penerbangan Malaysia ke negara tersebut.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat penerbangan AirAsia telah membuat permohonan kepada kerajaan China untuk menambah laluan ke bandar raya tahap dua negara itu, iaitu Nanjing dan Wuxi sejak tahun lepas dan hingga kini tiada sebarang maklum balas mengenainya.
"Ketika ini, AirAsia dibenarkan terbang ke 19 destinasi dengan 52 laluan dengan kebanyakan destinasinya ke bandar raya tahap dua," katanya kepada pemberita Malaysia selepas membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan China, Li Xiao Peng di sini, pada Rabu.
Liow berada di sini bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi selama enam hari ke China sejak Isnin.
Beliau berkata, pihaknya juga memohon kerajaan China membuka "Penerbangan Kebebasan Kelima" untuk penerbangan Malaysia, terutama kepada penerbangan Maskargo dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou untuk meneruskan penerbangan ke New Delhi, India bagi meningkat produktiviti serta merapatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.
Beliau berkata, pada masa ini penerbangan Maskargo ke Zhengzhou perlu kembali ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke New Delhi,
Penerbangan Kebebasan Kelima ialah hak untuk membawa penumpang dari negara sendiri ke negara kedua, dan dari negara berkenaan ke negara ketiga.
Liow berkata pihaknya juga meminta kerajaan China membenarkan syarikat penerbangan Southern Airline negara itu terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka setiap hari berbanding penerbangan sewa khas hanya sekali dalam lima hari ketika ini.
Selain itu, katanya, China juga diminta mempertimbangkan rayuan Malaysia untuk mengubah jadual penerbangan ke waktu yang lebih sesuai, iaitu pada waktu siang berbanding lewat malam sekarang ini bagi memberi kemudahan kepada penumpang.
Beliau yakin permintaan Malaysia mendapat respons positif dari China dan berharap Jabatan Penerbangan Awam untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
Beliau turut berterima kasih kepada rakan sejawatnya Li yang prihatin mengenai isu yang belum diselesaikan ini.-- Bernama
Bernama
Wed Nov 02 2016
LIOW: China juga diminta mempertimbangkan rayuan Malaysia untuk mengubah jadual penerbangan ke waktu yang lebih sesuai, iaitu pada waktu siang berbanding lewat malam sekarang ini.
Keterangkuman kewangan lonjakkan ekonomi digital, tanpa tunai
Pengarah Eksekutif Kiple, Norhizam Abdul Kadir dalam perbincangan dalam usaha menggalakkan pembangunan ekonomi, pengurangan kemiskinan, dan kesaksamaan sosial dengan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membina aset, menguruskan risiko, dan meningkatkan kesejahteraan kewangan, tanpa mengira tahap pendapatan, lokasi, jantina, umur, atau ciri-ciri lain.
Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.
AWANI Pagi: Perkhidmatan Awam: Gaji naik, produktiviti meningkat?
Susulan pengumuman Perdana Menteri atas kenaikan gaji penjawat awam.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Penjawat Awam: Gaji naik, pacu perkhidmatan berkualiti kepada rakyat
Pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam sejarah negara. Bagaimana untuk memastikan kenaikan gaji penjawat awam memberi manfaat yang seimbang kepada pengurusan, penyampaian perkhidmatan kerajaan serta ekonomi negara?
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
AWANI Ringkas: Papagomo didakwa hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
"Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan EURO nanti."
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
WEF: Where will semiconductors land?
Semiconductors are an essential component in the digital age, powering everything from toys and cars, to banking and defense systems. While 90% of today’s chip manufacturing is based in Asia, new industrial policies and export restrictions are attempting to reshape the geographic balance of these supply chains. As new players enter the game, where will the future of semiconductors lead?
EPL: Legenda Liverpool dakwa Salah buat 'perjanjian rahsia' dengan Jurgen Klopp
Souness syak corak perjanjian yang MU gunakan dengan menambah tempoh kontrak setahun kepada Ronaldo turut dilakukan terhadap Salah.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.