awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu perkukuh pasaran modal, hidupkan semula projek infrastruktur

Bernama
Bernama
25/07/2023
20:05 MYT
Malaysia perlu perkukuh pasaran modal, hidupkan semula projek infrastruktur
Munir berkata, menerusi semua infrastruktur insaniah yang dibina dan disediakan Malaysia, ia juga boleh menjadi hab untuk latihan dan menjalinkan hubungan atau pertukaran yang lebih baik dengan negara-negara lain. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memperkukuh kedudukannya di pasaran modal dengan merancakkan semula penyenaraian projek infrastruktur fizikal dan insaniah, terutamanya berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Pengerusi Institut Penyelidikan Pasaran Modal (ICMR) Tan Sri Munir Majid berkata syarikat yang disenaraikan di bursa sewajarnya menumpukan perhatian kepada projek infrastruktur baharu, atau disenaraikan di Bursa Saham Shanghai dan terlibat dalam projek-projek BRI.
"Sebelum ini kita telah membuat penyenaraian projek infrastruktur... tetapi, kini tiada apa-apa yang berlaku. Oleh itu, (kita sewajarnya) menghidupkannya semula menerusi BRI.
"Kita perlu melakukan sesuatu yang signifikan seperti menubuhkan dana infrastruktur digital yang boleh disenaraikan dan diuruskan oleh pengurus dana, sama seperti kaedah yang dilakukan untuk amanah saham atau amanah pelaburan hartanah (REIT)," katanya kepada pemberita semasa Persidangan Menghubungkan Bakat Industri-Universiti Pasaran Modal ICMR-SIDC yang pertama di sini pada Selasa.
Katanya menerusi semua infrastruktur insaniah yang telah dibina dan disediakan Malaysia, ia juga boleh menjadi hab untuk latihan dan menjalinkan hubungan atau pertukaran yang lebih baik dengan negara-negara lain.
"Kita perlu mengadakan libat urus dengan lebih banyak negara di rantau Afrika, Timur Tengah dan lokasi lain di Asia.
"Kita perlu mengambil peluang daripada keanggotaan kita di Asean untuk meningkatkan kerjasama lebih luas dari segi mata wang dan terlibat secara konsisten dalam projek-projek di Asean," kata Munir.
Mengulas peranan SIDC untuk tampil sebagai hab pendidikan bagi pasaran modal, beliau berkata SIDC berupaya menjadi repositori atau menyimpan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan oleh universiti dan industri, seterusnya menghimpunkan dan menyerahkannya kepada pembuat dasar untuk dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Munir Majid
#pasaran modal
#projek infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan