KUALA LUMPUR: Malaysia mampu menjadi hab utama ASEAN untuk firma penasihat pengurusan kekayaan swasta yang dikenali sebagai "Pejabat Keluarga", yang berkhidmat kepada keluarga bernilai teramat tinggi, memandangkan ia memiliki pasaran kewangannya yang stabil dan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Ketua Ekonomi Global Juwai IQI, Shan Saeed berkata, ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
Walaupun banyak pengurus mungkin cenderung melihat ke arah pasaran maju untuk modal pejabat keluarga, trend menaik dalam pasaran baru muncul patut diberi perhatian, katanya.
Shan berkongsi pandangan tentang impak yang diwujudkan oleh pejabat keluarga ke atas pasaran kewangan, dengan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) mencecah AS$6 trilion (AS$1= RM4.75), yang menekankan pengaruh ketara mereka dalam landskap pengurusan pelaburan dan kekayaan.
Menurut sebuah syarikat data pelaburan yang berpangkalan di London, Preqin Ltd, bilangan pejabat keluarga meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh empat tahun lepas berbanding 1,285 pada 2019 kepada 4,592 menjelang 2023.
Terdapat lonjakan ketara dalam bilangan pejabat keluarga merentasi rantau, dengan Amerika Utara, Eropah serta Asia mengalami kadar pertumbuhan sebanyak 20 peratus, 17 peratus dan 22 peratus dari tahun ke tahun pada 2023, manakala di peringkat global, angka itu melonjak sebanyak 31 peratus dari tahun ke tahun.
"Putaran pertumbuhan sedang beralih ke arah Timur, didorong oleh kestabilan makroekonomi, infrastruktur yang kukuh, demografi muda termasuk permintaan domestik yang amat baik," kata Shan.
Di peringkat global, pelabur cenderung ke arah bidang kuasa dengan pasaran kewangan yang stabil, kerangka peraturan yang matang, tenaga kerja yang bijak kewangan dan dasar ekonomi yang mesra perniagaan.
Beliau juga menegaskan bahawa dengan ketidaktentuan yang semakin bertambah dalam pasaran, pejabat keluarga boleh menyediakan kecairan dan kestabilan yang sangat diperlukan kepada sistem, seterusnya meningkatkan keyakinan pasaran.
Shan meramalkan dana kedaulatan dan pejabat keluarga akan menjadi signifikan dalam memacu pasaran kewangan global dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, sejajar dengan perkembangan pesat landskap kewangan.
Negara seperti Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) boleh mendapat manfaat kerana pasaran kewangan mereka yang stabil selain memiliki peraturan yang kukuh dalam sistem ekonomi.
"Saya yakin ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan rantau Afrika, secara kolektif boleh menjana kekayaan tambahan sebanyak US$2-US$3 trilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang."
"Di Malaysia, Labuan juga telah menjadi pusat kewangan luar pesisir yang penting dengan struktur dan prosedur yuran yang rendah," katanya kepada Bernama .
Shan juga menonjolkan transformasi dalam pasaran kewangan global sejak 16 hingga 17 tahun yang lalu, dengan dasar monetari dan fiskal menjadi lebih penting sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Gangguan dalam pasaran secara magnitud sudah sedekad tidak dilihat. Kerajaan cuba sedaya upaya mengekalkan kestabilan makroekonomi dan mengekalkan keyakinan dalam ekonomi bagi merangsang pertumbuhan.
"Pelabur global menggerakkan modal mereka, yang mana kestabilan pertumbuhan adalah yang terpenting untuk kebanyakan kerajaan," katanya.
Beliau juga memberi contoh penubuhan pejabat keluarga di hab kewangan terkenal seperti Dubai, Hong Kong, London, Zurich, dan Singapura.
Pejabat keluarga sedang merancang peralihan paling ketara dalam peruntukan aset sejak beberapa tahun, dengan geopolitik menjadi faktor penentu berbanding inflasi sebagai kebimbangan utama, manakala keutamaan pelaburan serantau terus berkembang. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Malaysia mampu menjadi hab utama ASEAN untuk firma penasihat pengurusan kekayaan swasta yang dikenali sebagai "Pejabat Keluarga." - Gambar Bernama
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.