KUCHING: Jenama “Sarawak - Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” diyakini meletakkan Sarawak di persada serantau dan global sebagai hab sumber tenaga boleh diperbaharui.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam perutusan Aidilfitrinya berkata, Sarawak turut berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah “net-zero” menjelang 2050 seperti yang dipersetujui oleh dunia melalui Perjanjian Paris pada 2015.
Usaha ini jelasnya, tercetus kerana negeri itu memiliki kekuatan dari segi sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dan jenama ini akan mengangkat Sarawak di pentas global ke arah kelestarian dari pelbagai sudut selaras dengan 17 matlamatSustainable Development Goals (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Ujarnya lagi, Sarawak adalah bumi bertuah yang telah dirahmati Allah SWT dengan pelbagai sumber kekayaan, khususnya tenaga yang boleh diperbaharui yang dijanakan oleh kuasa air di sungai-sungai yang besar lagi panjang.
“Ini dapat dilihat pada Batang Rajang, Batang Ai, Sungai Murum dan Batang Baleh, dengan Sarawak mempunyai sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan lestari yang besar untuk dikongsikan dengan negara-negara di rantau Asia, malah di luar Asia. “
Tambahnya lagi, Sarawak mempunyai potensi untuk menjana 20 GW tenaga hidro, dengan kapasiti penjanaan sebanyak 5.4 GW sekali gus membolehkan negeri itu menyediakan tenaga rendah karbon dengan tarif yang kompetitif kepada para pelabur.
“Matlamat Sarawak seterusnya adalah untuk mengeksport tenaga ke Brunei dan Sabah dan penyaluran 1 GW ke Singapura menjelang 2032 melalui kabel dasar laut sepanjang 700 kilometer selain penyaluran 190 MW sedia ada ke Kalimantan Barat.
Pada masa ini katanya, Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang melaksanakan dasar bekalan tenaga hingga 10 GW atau 10,000 MW menjelang 2030 melalui penjanaan hidro dan turbin gas.
Tambahnya lagi, Sarawak akan terus membangunkan potensi sumber tenaga hidronya dengan kaedah yang membawa kesan minimal kepada alam sekitar dan kehidupan manusia.
“Saya telah memberi arahan kepada agensi berkaitan untuk mengkaji penjanaan kuasa dengan konsep sumber tenaga daripada empangan melata yang telah digunakan di negara-negara seperti Norway dan Kanada.
“Dengan persetujuan penduduk setempat projek tersebut akan bermula di Sungai Gat, Baleh, Kapit.
Abang Johari menambah, sumber-sumber tenaga rendah karbon lain yang turut dibangunkan atau diteroka untuk memenuhi keperluan serantau termasuk pengeluaran hidrogen hijau dan bahan bakar penerbangan yang dihasilkan daripada alga atau sustainable aviation fuel (SAF), solar terapung dan biojisim (biomass) dalam bentuk pellets daripada sumber hutan.
“Sarawak mempunyai sumber dan keupayaan untuk membantu menyelesaikan masalah negara-negara di rantau ini yang tidak mempunyai sumber tenaga hijau atau tidak mempunyai keupayaan untuk menyimpan karbon atau keupayaan untuk menyerap karbon dioksida.
“Oleh itu, jolokan “Sarawak bateri Asean” atau “Sarawak hub tenaga hijau” bukanlah omongan kosong atau impian semata-mata. Sarawak bersedia memberi khidmat dan menyediakan sumber untuk membantu rantau ini,” katanya lagi.
Rudi Affendi Khalik
Tue Apr 09 2024
Jelas Abang Johari matlamat Sarawak seterusnya adalah untuk mengeksport tenaga ke Brunei dan Sabah dan penyaluran 1GW ke Singapura menjelang 2032 melalui kabel dasar laut sepanjang 700 kilometer. - Foto Bernama
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.