awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Sepanyol meterai MOU kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi

Bernama
Bernama
03/03/2023
12:30 MYT
Malaysia-Sepanyol meterai MOU kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi
MOSTI berkata satu daripada program yang berjaya mempamerkan sinergi kerjasama antara Malaysia dan Sepanyol ialah MYSIP. - Foto Facebook @Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
PUTRAJAYA: Malaysia dan Sepanyol memeterai satu Memoradum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Menurut MOSTI, matlamat utama MoU itu ialah untuk mempromosi kerjasama yang bermanfaat buat kedua-dua negara dalam penyelidikan dan pembangunan bersama, pertukaran kepakaran, persidangan saintifik bersama, penggunaan kemudahan saintifik bersama dan lain-lain bidang kerjasama dalam kerangka MoU itu.
MoU yang ditandatangani Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Ketua Setiausaha (Penyelidikan) Kementerian Sains dan Inovasi (MCIN) Sepanyol Raquel Yotti akan menjadi pemangkin kepada kerjasama dalam sains dan teknologi selain daripada mengukuhkan hubungan dua hala ke arah kemajuan ekonomi.
"Dengan pemeteraian MoU ini, kedua-dua negara bersedia untuk meneroka kerjasama seterusnya dalam, bidang sains, teknologi dan inovasi termasuk bioteknologi, sains angkasa lepas, pembuatan termaju dan pembuatan bahan," katanya.
MOSTI berkata satu daripada program yang berjaya mempamerkan sinergi kerjasama antara Malaysia dan Sepanyol ialah Malaysia Spain Innovating Programme (MYSIP).
MYSIP adalah program bersama antara Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), sebuah agensi di bawah MOSTI, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Pusat Pembangunan Teknologi Perindustrian (CDTI) Sepanyol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#MYSIP
#CDTI
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan