awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sokong CPOPC bantah tindakan Belgium

Bernama
Bernama
26/05/2021
20:24 MYT
Malaysia sokong CPOPC bantah tindakan Belgium
Malaysia menyeru agar Belgium dan EU serta negara anggotanya melihat kesan sekatan ke atas minyak sawit ini dengan lebih objektif. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai antara negara pengasas dan anggota Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOC) menyokong sepenuhnya tindakan CPOPC mengemukakan bantahan kepada Belgium yang mahu mengharamkan penggunaan minyak sawit sebagai biobahan api di negara itu dalam tempoh terdekat.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata bantahan itu dibuat melalui surat CPOPC bertarikh 24 Mei kepada Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo.
Beliau berkata tindakan negara itu adalah susulan pelaksanaan perundangan Arahan Tenaga Boleh Baharu Kesatuan Eropah (EU RED II) yang dikeluarkan Suruhanjaya Eropah selepas tindakan yang sama dibuat oleh Perancis dan Lithuania.
"Sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia, Malaysia amat kecewa dengan tindakan yang dilaksanakan tanpa mengambil kira kesungguhan dan usaha negara ini dalam memastikan industri sawit dilaksanakan dengan mampan.
"Langkah Belgium jelas bercanggah dengan prinsip amalan perdagangan bebas yang digariskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap produk sawit Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Khairuddin berkata, meskipun jumlah eksport biobahan api berasaskan sawit tempatan ke Belgium adalah kecil, namun tindakan itu boleh mempengaruhi negara lain dan seterusnya memberikan imej negatif terhadap industri sawit negara.
"Dalam hal ini, Malaysia menyeru agar Belgium dan EU serta negara anggotanya melihat kesan sekatan ini dengan lebih objektif," katanya.
Menurut beliau, pada 15 Januari, Malaysia telah memulakan tindakan undang-undang terhadap EU serta negara-negara anggotanya berkaitan pelaksanaan EU RED II dengan memfailkan permohonan untuk konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian di bawah WTO.
Mohd Khairuddin berkata proses tindakan undang-undang itu sedang dijalankan dan mengikut prosedur yang digariskan WTO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit
#CPOC
#Alexander De Croo
#Belgium
#Bantahan
#surat
#haram
#minyak sawit
#biobahan api
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#Perancis
#tenaga boleh baharu
#perdagangan bebas
#WTO
#diskriminasi
#undang-undang
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan