KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelabur asing termasuk syarikat dalam senarai Fortune 500 terus menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia, didorong oleh pelbagai insentif yang ditawarkan kerajaan.
Beliau berkata usaha sedemikian tidak hanya penting malah menjadi antara kaedah untuk menarik dan memastikan pelaburan tersebut dapat ditingkatkan.
"Kita tawarkan insentif khas, yang menjadi cara kita untuk menarik pelabur. Jika anda ke Malaysia (bermakna) anda akan menikmati insentif yang amat menarik.
"Inilah cara kita untuk menarik pelabur. Bagi saya, adalah penting agar pelaburan ini dapat kita tingkatkan terutama bagi sektor-sektor (tertentu) seperti teknologi tinggi dan digital," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual khas bersama Bernama serta beberapa organisasi media lain sempena ulang tahun pertamanya sebagai perdana menteri, di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.
Perdana Menteri juga baru-baru ini melancarkan inisiatif MyDIGITAL yang merangkumi idea dan pelan untuk meningkatkan literasi digital, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, menjadikan urusan perbankan dan kewangan lebih mudah serta teratur.
Selain itu, kerajaan juga mengumumkan beberapa insentif cukai di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memacu aktiviti pelaburan, termasuk pengecualian cukai bersyarat selama 10 hingga 15 tahun untuk pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan dengan modal pelaburan sebanyak RM300 juta atau lebih.
Tidak ketinggalan, inisiatif khusus yang diperkenalkan seperti penubuhan Unit Penyelarasan dan Pemecutan Projek (PACU) di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta pelbagai platform dalam talian seperti i-insentif yang turut mempercepat usaha merealisasikan pelaburan.
Muhyiddin berkata data terkini menunjukkan Malaysia telah menerima pelaburan baharu bernilai RM109.8 bilion dalam sektor ekonomi termasuk perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh sembilan bulan 2020.
"Dalam tempoh tersebut, terdapat sebanyak 2,935 projek bagi mewujudkan sejumlah 64,701 peluang pekerjaan.
"Sektor perkilangan misalnya telah menarik sebahagian besar pelaburan yang diluluskan untuk tempoh tersebut dengan menyumbang lebih daripada 59.5 peratus iaitu RM65.3 bilion dan diikuti oleh sektor perkhidmatan serta sektor primer lain," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga optimis terhadap dasar properniagaan untuk menggalakkan pertumbuhan pelaburan di masa hadapan, terutama dengan kemampuan syarikat-syarikat tempatan yang dilihat berdaya saing untuk melebarkan perniagaan ke luar negara.
Di samping itu, perdana menteri berkata kerajaan pada masa sama turut membuat keputusan untuk mengalakkan lagi pelaburan dalam negara.
"Syarikat-syarikat sedia ada di Malaysia, terutama syarikat Malaysia sendiri sudah menjadi syarikat multinasional dan setengah daripadanya telah (berkembang) ke luar negara.
"Oleh itu, kita mahukan mereka ini dapat terus berkembang dengan bertindak melabur semula ke dalam negara," katanya.
Muhyiddin juga menekankan pelan komprehensif untuk membangunkan ekonomi negara seperti PENJANA telah mendatangkan hasil dalam mengurangkan impak pandemik COVID-19 ke atas ekonomi yang mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) -5.6 peratus pada tahun lepas.
Setakat ini, jumlah nilai terkumpul rangsangan ekonomi adalah RM320 bilion atau bersamaan 20.4 peratus daripada KDNK.
"Namun, yang penting, pada peringkat sekarang ini kita telah buka semula ekonomi dan kita percaya, kita tidak boleh sekat. Mungkin sektor pelancongan belum pulih seperti yang kita kehendaki, itu kita kena tengok," katanya.
"Insya-Allah dalam bulan depan saya akan mengumumkan strategi yang komprehensif, saya baru bincang dengan menteri kewangan tadi, saya akan umumkan apa strategi yang sebenarnya, untuk kita lebih pesat keluar daripada masalah sekarang dan ekonomi kita akan bertambah rancak.
"Tunggu, saya akan mengumumkannya, mungkin pada pertengahan Mac ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri dengan beberapa organisasi media sempena setahun beliau menjadi perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.