Malaysia menawarkan khidmat sebagai penasihat industri halal kepada Jepun, yang semakin mempunyai potensi besar kepada produk tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata permintaan terhadap makanan atau produk halal dijangka meningkat menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
"...Sukan Olimpik tahun 2020, sudah tentu ramai pengunjung dan atlet dari negara Islam yang berkehendakkan makanan dan produk halal," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja beliau ke Jepun.
Bandaraya Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas yang akan berlangsung pada Ogos 2020. Sebelum ini, Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada 1964.
Menurut Najib, beliau telah memaklumkan tawaran tersebut kepada rakan sejawatannya Shinzo Abe semasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jepun di pejabatnya, di sini.
Katanya beliau juga memberitahu Abe bahawa pelancong, termasuk dari Malaysia semakin berminat untuk berkunjung ke Jepun, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi kepada produk halal.
Najib berkata piawaian halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai kredibiliti tinggi dan diterima oleh pihak Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Jika Malaysia dilantik sebagai penasihat industri halal Jepun, sudah pasti (produk halal) di sini mudah diterima oleh mana-mana pihak," katanya.
Semasa kunjungan ke Jepun Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis Halal Malaysia, turut mempromosikan piawaian halal Jakim kepada rakan sejawatannya Taro Aso, yang juga Menteri Kewangan Jepun.
Ketika ini, sebanyak 54 badan persijilan dari 32 negara dan empat pihak berkuasa dari Kesatuan Negara Islam telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Gambar fail sebuah restoran halal di Jepun. - AFP
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Malaysia tawar jadi penasihat halal Jepun
Datuk Seri Najib Razak berkata permintaan terhadap makanan atau produk halal dijangka meningkat menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.