awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics

Bernama
Bernama
30/08/2023
20:48 MYT
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata faktor paling penting yang menyebabkan ekonomi China perlahan ialah hutang yang tinggi dan kekurangan permintaan dalam industri pembangunan hartanah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Thailand dijangka menarik pelaburan asing susulan kebanyakan syarikat berusaha untuk mengurangkan risiko daripada melabur di China, kata Moody's Analytics.
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
Ekonomi di Asia-Pasifik (APAC) juga semakin perlahan di bawah tekanan akibat perdagangan global yang perlahan, ketidaktentuan pemulihan ekonomi China daripada pandemik, kadar faedah tinggi dan beberapa pengetatan dasar fiskal, katanya.
"Impak terbesar ke atas seluruh Asia daripada kemelesetan ekonomi di China adalah melalui perdagangan. Bagaimanapun, negara-negara Asia akan mengelak daripada menghadapi kemelesetan tetapi tempoh baharu bagi pertumbuhan kukuh mungkin tidak akan berlaku sehingga pertengahan tahun 2024," katanya dalam nota penyelidikan semalam.
Moody's berkata faktor paling penting yang menyebabkan ekonomi China perlahan ialah hutang yang tinggi dan kekurangan permintaan dalam industri pembangunan hartanah.
Justeru, salah satu faktor utama yang membolehkan ekonomi APAC berkembang ialah penurunan inflasi, yang sedang berlaku sejak akhir tahun lepas, katanya.
Antara lima negara di Asia Tenggara, tiada negara di rantau itu yang menyaksikan ketibaan pelancong kembali ke tahap prapandemik, sama seperti pada akhir tahun 2019, katanya.
Bagaimanapun, sedikit peningkatan dijangka berlaku pada beberapa tahun akan datang kerana China baru-baru ini membenarkan pengaturan pengembaraan secara berkumpulan untuk perjalanan ke luar negara ke seluruh Asia tetapi ia hanya jangkaan kerana semuanya bergantung sama ada rakyat China mahu berbelanja mengembara dan berbelanja di luar negara, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Moody's
#pelaburan asing
#ekonomi China
#Amerika Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan