WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa merayu bantuan sebanyak AS$1 bilion bagi menangani kecemasan kesihatan paling teruk di dunia pada 2026. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa merayu bantuan sebanyak AS$1 bilion bagi menangani kecemasan kesihatan paling teruk di dunia pada 2026, selain memberi amaran bahawa pemotongan dana telah memaksa ribuan kemudahan ditutup dan menyebabkan jutaan penduduk terputus akses kepada penjagaan kesihatan, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- WHO merayu bantuan US$1 bilion untuk kecemasan kesihatan global pada 2026, akibat pemotongan dana menyebabkan ribuan kemudahan kesihatan ditutup dan jutaan penduduk terputus akses penjagaan kesihatan.
- Pengarah Eksekutif WHO menegaskan keperluan kesihatan meningkat, tetapi akses semakin berkurangan disebabkan oleh kekurangan kewangan.
- Rayuan WHO menumpukan kepada 36 krisis, termasuk Gaza, Sudan, Haiti, dan Myanmar, sambil Amerika Syarikat menarik diri daripada menjadi penderma utama.
Ihekweazu berkata rayuan itu bertujuan untuk menampung 36 krisis, termasuk di Gaza dan Timur Tengah, Sudan, Ukraine, Republik Demokratik Congo, Haiti serta Myanmar.
"Tahun 2025 merupakan tahun yang amat sukar," katanya sambil menambah bahawa "pemotongan dana global memaksa 6,700 kemudahan kesihatan di 22 kawasan kemanusiaan ditutup atau mengurangkan perkhidmatan, sekali gus memutuskan akses penjagaan kesihatan kepada 53 juta orang."
Keluarga kini berdepan dengan "keputusan yang mustahil, seperti sama ada mahu membeli makanan atau ubat," katanya. "Penduduk tidak sepatutnya terpaksa membuat pilihan sedemikian."
Tahun lepas, WHO menangani 50 kecemasan di 82 negara, membantu lebih 30 juta orang, menyokong lebih 8,000 kemudahan dan menggerakkan lebih 1,400 klinik bergerak.
"Kesihatan adalah sesuatu yang tidak ternilai," kata Ihekweazu. "Hari ini, kami sekali lagi menjemput dunia untuk melabur dalam bidang kesihatan."
Amerika Syarikat, yang merupakan penderma utama kepada WHO, menarik diri secara rasmi daripada pertubuhan itu pada Januari.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


