PUTRAJAYA: Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurut beliau, perbincangan berkenaan perkara itu ketika ini adalah bersifat pramatang memandangkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global kepada 3.6 peratus pada tahun ini.
"Walau bagaimanapun, kita masih bimbang terhadap risiko ke atas ekonomi seperti peperangan di Ukraine, harga komoditi yang tinggi dan pengetatan dasar monetari global. Maka, kerajaan perlu memastikan fiskal fleksibiliti pada masa hadapan dapat menguruskan risiko berkenaan.
"Jadi, ini sebabnya kita berhasrat untuk mengurangkan defisit fiskal secara beransur-ansur daripada 6.4 pada tahun 2021 kepada 6 peratus pada tahun 2022, selain merasionalisasi subsidi bersasar.
"Jadi, kegagalan untuk melunaskan obligasi hutang adalah risiko utama disebabkan oleh kemelesetan global tetapi tidak berisiko kepada Malaysia. Risiko ini dapat dikurangkan kerana separuh daripada hutang luar jika dibandingkan adalah kurang daripada tiga peratus dalam mata wang asing.
"Kita juga mempunyai lokaliti domestik yang mencukupi untuk membiayai sektor kerajaan dan swasta dari segi pinjaman dan keperluan," katanya dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022, bersama pemberita di sini pada Selasa.
Mengulas mengenai situasi ekonomi negara pada suku kedua tahun ini pula, Tengku Zafrul berkata momentum pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap positif, iaitu lima peratus pada suku pertama, dijangka berterusan.
Jelas beliau lagi, ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada tahun 2022, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik.
"Kita dapat lihat aktiviti ekonomi dan pasaran buruh terus pulih dan sempadan antarabangsa pun telah dibuka.
"Jadi, InsyaAllah pelancong mula datang dan aktiviti perdagangan dan perkhidmatan pun akan meningkat. Ia akan membantu pertumbuhan dan langkah yang diumumkan dalam Bajet 2022 adalah bajet yang mengembang dan mempunyai kesan pengganda tinggi," kata Tengku Zafrul.
Katanya lagi, program Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) turut akan membantu poses pemulihan ekonomi negara.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022, berbanding 3.6 peratus pada suku keempat 2021.
Pertumbuhan ini antaranya disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik, pemulihan dalam pasaran buruh; pertumbuhan berterusan dalam permintaan luar; serta sokongan dasar yang berterusan.
Hasimi Muhamad
Tue May 17 2022

Ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada tahun 2022, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik.

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Operasi pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki.

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

PM Ranil Wickremesinghe akui Sri Lanka muflis
Negara yang dahulunya makmur itu akan mengalami kemelesetan yang teruk tahun ini.

Malaysia tidak berisiko terhadap kemelesetan ekonomi - Tengku Zafrul
Perbincangan mengenai kemelesetan ekonomi ketika ini adalah bersifat pramatang.

Kerajaan jangka gaji permulaan siswazah meningkat menjelang pertengahan tahun ini - Mustapa
Mustapa mengakui gaji diterima lulusan universiti tahun lepas jauh lebih rendah susulan penularan pandemik COVID-19.

Terlalu awal buat kesimpulan ekonomi negara akan lumpuh - Pakar
Adakah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan bahawa ekonomi negara akan lumpuh berikutan krisis politik, seperti yang didakwa segelintir pihak.

Petunjuk awal persekitaran perniagaan kurang memberangsangkan
Kaedah baharu menjalankan perniagaan dan mempelbagaikan ekonomi amat dicari dengan menerima pakai kemajuan teknologi seperti Revolusi 4.0.

COVID-19: Jerman dan Perancis cadang dana pemulihan pasca pandemik
Perancis dan Jerman mencadangkan dana pemulihan bernilai ASD545 bilion untuk diagihkan kepada negara-negara Eropah yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Bersama kerajaan hadapi pertarungan COVID-19, krisis ekonomi
Idaman rakyat ketika ini ialah untuk menemukan semula kehidupan berkerjaya atau berusahawanan sebagai mata pencarian yang telah hilang ekoran COVID-19.

Adakah wabak COVID-19 bukti globalisasi perlu disekat?
Benarkah hujah yang mendakwa penularan COVID-19 bukti globalisasi adalah penyebab utama masalah pandemik ini?

KDNK ASEAN-5 berkembang pada 7.8 peratus, Malaysia pada 9 peratus pada 2021 - IMF
Pertumbuhan global dijangka pulih kepada 5.8 peratus pada tahun 2021, mencerminkan normalisasi aktiviti ekonomi dari tahap yang sangat rendah, kata IMF.

COVID-19: Moody's jangka kadar keingkaran hutang global meningkat secara mendadak
Kadar keingkaran global akan naik kepada paras 10.6 peratus penghujung tahun ini, dan pada kadar 11.3 peratus menjelang hujung Mac 2021.