KUALA LUMPUR: Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini.
Malindo Air memaklumkan, penerbangan empat kali seminggu merupakan laluan baharu ke Langkawi dalam memenuhi permintaan perjalanan domestik.
"Tambang promosi untuk sehala bagi laluan baharu Kota Bharu–Langkawi bermula daripada RM169, termasuk elaun bagasi percuma 15 kilogram (kg).
"Sempena pelancaran laluan baharu ini, elaun bagasi percuma seberat 15 kg diperluaskan kepada pemegang tiket super jimat," menurut kenyataan tersebut.
Menurut Malindo Air, penerbangan OD1334 akan berlepas dari Kota Bharu pada pukul 10.15 pagi dan tiba di Langkawi pada pukul 11.20 pagi dengan penerbangan akan mengambil masa 1 jam 5 minit.
"Penerbangan pergi balik OD1335 kemudiannya akan berlepas dari Langkawi pukul 2.50 petang dan tiba di Kota Bharu pukul 4.05 petang," katanya.
Katanya, perkhidmatan baharu itu akan dikendalikan oleh pesawat turbo-prop ATR72-600 dengan kapasiti 72 tempat duduk.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, laluan baharu itu menjadikan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan Kota Bharu dan destinasi percutian terkemuka di Langkawi.
"Perkhidmatan baharu ini sebagai maklum balas permintaan tinggi orang ramai. Kami percaya terdapat peluang besar untuk pertumbuhan masa depan yang dikaitkan dengan ketersambungan baharu ini," katanya.
Mushafiz berkata, laluan baharu itu bukan sahaja menarik industri pelancongan tetapi perniagaan daripada VFR (melawat keluarga dan saudara mara) serta komuniti perniagaan.
"Kami akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pembangunan Langkawi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Kelantan) dan semua agensi pelancongan di kedua-dua negeri.
"Kami percaya kerajaan Kelantan sedang menumpukan usaha untuk menarik pelancong domestik ke negeri itu bagi memulihkan kempen Melawat Kelantan yang terjejas akibat COVID-19," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 05 2022
Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. -Dagang News
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Penerbangan tergendala akibat cuaca buruk, Batik Air mohon maaf kepada pelanggan
Batik Air akan menghubungi kesemua penumpang terlibat, untuk menyampaikan baucar kepada mereka.
Penumpang 'tersadai', Malindo Air akan mohon maaf - Anthony
Anthony memberi respons tersebut menerusi ciapan di Twitternya, pada Isnin susulan aduan seorang pengguna Twitter.
Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU15
Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik sempena PRU15.
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala | Dagang News
LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Ba
Malindo Air perkenal laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi
Malindo Air memaklumkan, penerbangan empat kali seminggu merupakan laluan baharu ke Langkawi dalam memenuhi permintaan perjalanan domestik.
Baucar penerbangan, jimat bajet percutian
Ini peluang anda dapatkan baucar diskaun penerbangan dan melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara!
Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi mulai 16 September 2021
Lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, satu dari KLIA.
Lebih 1,000 pekerja Malindo Air mohon Skim Insurans Pekerja
Saravanan berkata, daripada jumlah itu, seramai 749 pemohon diberikan bantuan SIP dengan nilai keseluruhan sebanyak RM928,000.
Belanjawan 2021: Program latihan, penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan
Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan daripada syarikat penerbangan di Malaysia yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.