KUALA LUMPUR:Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah meningkatkan penarafan kredit korporat Top Glove Corp Bhd (Top Glove) daripada AA pada tahun 2020 kepada AA+ pada tahun 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, Top Glove berkata pendapatan yang lebih tinggi ditambah dengan penukaran sepenuhnya bon boleh tukar US$200 juta (US $ 1 = RM4.04), telah mengukuhkan struktur permodalannya, ia menghasilkan nisbah hutang-ke-ekuiti yang lebih baik pada suku pertama tahun kewangan 2021.
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.
"Ini menunjukkan bahawa asas kewangan dan pasukan pengurusan berada pada kedudukan yang mantap, serta keyakinan MARC terhadap kemampanan jangka panjang perniagaan kami," katanya.
Penarafan AA+ yang lebih baik adalah penarafan kedua tertinggi diberikan kepada syarikat dan ia menghampiri penarafan tertinggi iaitu AAA.
Penarafan AA + juga merupakan penarafan kredit korporat tertinggi yang diberikan kepada syarikat pembuatan di Malaysia setakat ini.
Pada masa yang sama, MARC juga mempertahankan penarafan diterima sebelum ini iaitu AA-IS (CG) terhadap syarikat tujuan khas, TG Excellence Bhd bagi Program Sukuk Wakalah bernilai RM3 bilion.
Top Glove yang memiliki 100 peratus TG Excellence telah memberikan jaminan korporat tanpa syarat dan tidak dapat ditarik balik pada sukuk jangka sederhana.
MARC telah mengekalkan penarafan Top Glove pada tahap stabil dan penegasan ia mencerminkan kewajipan tanpa jaminan Top Glove, sejajar dengan prinsip-prinsip MARC mengenai hutang subordinat dan sekuriti hibrid bagi entiti yang mendapat penarafan AA dan penarafan lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021

Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah meningkatkan penarafan kredit korporat Top Glove Corp Bhd (Top Glove) daripada AA pada tahun 2020 kepada AA pada tahun 2021. - Gambar fail/REUTERS
![[INFOGRAFIK] 8 kluster baharu COVID-19 (17 April 2021) [INFOGRAFIK] 8 kluster baharu COVID-19 (17 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900302/8967789641618671708336_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 8 kluster baharu COVID-19 (17 April 2021)

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 17 April 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,412 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Lebih sejam anak Zarina Zainuddin 'hilang' di bazar Ramadan
Zarina Zainuddin lalui detik cemas apabila anaknya yang juga seorang autisme 'hilang' di bazar Ramadan.

UK bertafakur seminit, beri penghormatan terakhir buat Putera Philip
Upacara 'national one minute silence' itu diberikan sebagai penghormatan terakhir kepada Putera Philip sebelum prosesi di gereja St. George Chapel bermula.

COVID-19: Thailand catat 1,547 kes baharu, dua kematian
Thailand merekodkan 1,547 kes baharu COVID-19 dan dua kematian dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah jangkitan di negara itu sebanyak 40,585 kes serta 99 kematian.

KPDNHEP keluarkan notis susulan kenaikan harga ayam
Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak awal bulan Ramadan.

AWANI Ringkas: Polis buru dalang iklan 'judi raya'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900296/7697252161618665555938_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan
Saksikan #AWANI745 untuk berita terkini dalam dan luar negara bersama Luqman Hariz penyampai dan Essan Yahya. Fokus #AWANI745 malam ini: - Polis buru dalang pembikinan dua video judi dalam talian. - Pengetua sekolah pertahan keputusan sukan berasaskan kaum. - Tujuh jam masak serunding tradisional jadi tarikan pelanggan.

Agenda AWANI Asia: Ke arah rejuvenasi digital usahawan mikro, PKS
Bagaimana usahawan mikro, PKS bangkit dalam fasa pandemik, dan apa jenis inovasi yang diambil usahawan untuk mengoptimumkan teknologi digital bagi memastikan kelangsungan pengoperasian dan perniagaan?

MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.

Ekonomi Malaysia boleh terus berkembang lebih 4 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka boleh terus berkembang kepada lebih empat peratus pada tahun ini dan 2017.