KUALA LUMPUR: MARC Ratings Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 Mac.
Agensi penafaran itu berkata ia menjangkakan BNM akan menyatakan pendirian berhati-hati di samping mengekalkan penilaiannya ke atas prospek ekonomi dan inflasi.
"BNM telah berada dalam status quo ini sejak Julai 2020 bagi menyokong pemulihan ekonomi yang tidak kukuh," menurut MARC dalam kenyataan pada Selasa.
Ekonomi Malaysia dilihat tidak bersedia kepada normalisasi monetari di tengah-tengah ketiadaan sebarang isyarat terhadap pemulihan yang kukuh dari segi permintaan, katanya.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar pada suku keempat 2021 mencatatkan 3.6 peratus tahun ke tahun (suku keempat 2021: -4.5 peratus), dipacu terutamanya berikutan pengurangan dari segi penawaran.
"Peningkatan semula berkemungkinan lebih tinggi, namun dijejaskan oleh permintaan yang lembap selain pelaburan sektor awam dan swasta yang rendah.
"Selain itu, risiko penurunan terhadap pertumbuhan masih ketara dalam keadaan ketidaktentuan yang meningkat membabitkan tindak balas pandemik dan ketegangan geopolitik yang bertambah," katanya.
MARC berkata inflasi itu dijangka kekal sederhana.
Pada Januari 2022, inflasi keseluruhan merosot kepada 2.3 peratus berbanding 3.2 peratus pada bulan terdahulu, manakala inflasi teras mencatatkan peningkatan, namun masih di bawah sasaran dua peratus iaitu 1.6 peratus.
Tekanan inflasi dijangka kekal dengan tolakan kos buat masa ini, kebanyakannya daripada makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang lebih satu perempat daripada kumpulan inflasi teras.
"Kami melihat peningkatan risiko inflasi yang selanjutnya daripada harga komoditi yang lebih tinggi dan kelemahan ringgit akibat perang Rusia-Ukraine untuk hanya berterusan dalam masa terdekat dan akan dikekang oleh permintaan yang kekal lembap.
"Oleh itu, kami menjangkakan kerajaan akan menjalankan langkah dasar jangka pendek dengan menghalang kenaikan harga melalui subsidi dan mekanisme kawalan harga yang lain," katanya.
Agensi penarafan itu menyifatkan cadangan Majlis Pemulihan Negara untuk membuka semula sempadan Malaysia, sebagai perkembangan yang positif.
Bagi mencapai hasrat ini, kajian semula terhadap prosedur operasi standard (SOP) secara meluas perlu dilaksanakan untuk meningkatkan keyakinan pengguna.
"Kami berpendapat, kadar faedah lebih tinggi hanya boleh dilaksanakan melalui perubahan yang mendadak dalam persekitaran luaran atau tahap pelepasan yang lebih pantas di tengah-tengah kenaikan kos input.
"Perubahan mendadak ke atas dasar monetari dijangka tidak berlaku dan penetapan monetari akan kekal cukup akomodatif pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

MARC Ratings menjangkakan BNM akan menyatakan pendirian berhati-hati di samping mengekalkan penilaiannya ke atas prospek ekonomi dan inflasi. -Gambar fail/Bernama

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

AWANI Ringkas: Bantuan awal RM500,000 kepada mangsa banjir - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Ibu maut ditikam anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Kadar dasar semalaman dijangka naik 25 mata asas lagi minggu ini
Ini berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

Tahap permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh untuk sokong pemulihan ekonomi - Bank Negara
Sistem perbankan Malaysia mengekalkan tahap permodalan yang kukuh untuk menyokong pemulihan ekonomi, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM dijangka naikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas menjelang akhir 2022 - Kenanga
Ia berikutan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

BNM tingkat kerjasama dengan bank dan agensi penguatkuasaan banteras penipu kewangan
Risiko penipuan sentiasa berubah-ubah berikutan penipu terus menggunakan kaedah yang lebih canggih bagi menipu orang ramai.

Rosmah tarik balik tuntut rantai tangan berlian AS$220,500
Datin Seri Rosmah Mansor menarik balik tuntutannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai AS$220,500.

BNM akan pertingkat keputusan kawal selia berkaitan perubahan iklim - Gabenor
BNM akan terus berusaha mempertingkat keputusan pengawalseliaannya, termasuk penguatkuasaan pendedahan mandatori serta ujian tekanan bagi menangani risiko perubahan iklim ke atas ekonomi.

Kenaikan OPR, pertumbuhan pembiayaan dijangka perlahan pada separuh kedua 2022
Inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan menyaksikan pertumbuhan pembiayaan lebih perlahan pada separuh kedua 2022.

Ringgit dijangka stabil, ekonomi negara terus kukuh - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau kedua-dua risiko kewangan dan bukan kewangan terhadap ekonomi negara.

OPR naik: Tidak beri kesan negatif kepada pelanggan individu, koperasi CBP
Kenaikan OPR dijangka tidak akan memberi kesan negatif ke atas pelanggan individu dan koperasi di bawah Coop Bank Pertama (CBP).