Ranking Harimau Malaya jatuh lima anak tangga, kini di kedudukan ke-121

Berdasarkan kemas kini terbaharu hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,145.9 mata, jatuh lima anak tangga berbanding ke-116 dunia sebelum ini. - Gambar Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ringkasan AI
- Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia berdasarkan ranking terbaharu FIFA, mengumpul 1,145.9 mata dan jatuh lima anak tangga daripada kedudukan sebelumnya.
- Penurunan ranking disebabkan FIFA membatalkan dua kemenangan Malaysia serta satu seri disebabkan penggunaan pemain tidak layak, menjadikan Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut.
- Keputusan FIFA turut melibatkan denda sebanyak CHF10,000 (sekitar RM51,414) yang dikenakan kepada FAM sebagai akibat daripada kesalahan tersebut.
Sehubungan dengan itu, FIFA membuat keputusan Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan terbabit.
Selain pengisytiharan kekalahan, FAM turut dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (kira-kira RM51,414).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


