awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS tingkatkan berat bagasi percuma untuk penumpang

Bernama
Bernama
09/02/2013
07:44 MYT
MAS tingkatkan berat bagasi percuma untuk penumpang
Malaysia Airlines hari ini mengumumkan bermula 14 Feb, penumpangnya akan menikmati tambahan 10 kilo kebenaran bagasi tambahan dan caj lebihan bagasi yang lebih rendah untuk perjalanan dalam semua kelas.
Di bawah garis panduan bagasi baharu itu, semua penumpang dewasa dan kanak-kanak akan menikmati kebenaran membawa masuk 30, 40 dan 50 kg bagasi percuma untuk perjalanan dalam kelas ekonomi, bisnes dan pertama.
Tambahan bagasi ini merangkumi semua perjalanan bermula tarikh ini walaupun tiket yang dikeluarkan sebelum itu menunjukkan kebenaran bagasi percuma yang lebih rendah.
Manfaat ini diperkenalkan untuk semua penerbangan melibatkan konsep sistem berat untuk pemeriksaan masuk bagasi, kecuali perjalanan ke dan dari Los Angeles di mana caj adalah berdasarkan sistem bilangan beg.
"Polisi bagasi periksa masuk yang disemak semula itu meningkatkan tawaran produk kami dalam landskap bersaingan sengit industri penerbangan komersil. ini juga sejajar dengan strategi Rancangan Perniagaan kami iaitu Menarik Semula Pelanggan'," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan.
Caj untuk berat yang melebihi berat percuma baharu akan dikira mengikut zon perjalanan dengan kadar tetap dikenakan bagi setiap 5 kilo lebihan bagasi.
Kadar bagasi lebihan bagi setiap blok 5 kilo lebihan adalah RM30, RM60 dan RM90, mengikut zon perjalanan.
Di Malaysia, kadar RM30 dikenakan bagi setiap sektor di seluruh negara dan negara-negara Asean seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Vietnam dan Kemboja.
Kadar RM60 dikenakan kepada sektor luar Malaysia dan ASEAN, iaitu India, China, Sri Lanka, Maldives, Hong Kong, China, Taiwan, Bangladesh, Nepal, Jepun, Korea, New Zealand dan Australia.
Kadar antara benua RM90 pula dikenakan kepada semua penerbangan di antara Malaysia dan Jeddah, London, Amsterdam, Paris, Frankfurt dan Istanbul.
Garis panduan caj ini tertakluk kepada perjalanan dengan Malaysia Airlines dan tidak meliputi penerbangan perkongsian kod serta perjalanan dengan lain-lain pesawat.
Topic Berkaitan
#Ahmad Jauhari Yahya
#ASEAN
#MAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan