awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxim beli menara pejabat di Jalan Klang Lama berharga RM29.5 juta

Bernama
Bernama
13/09/2025
00:30 MYT
Maxim beli menara pejabat di Jalan Klang Lama berharga RM29.5 juta
Kedudukan menara pejabat yang strategik dengan buka depannya menghadap Jalan Klang Lama yang sibuk dan bertenaga, akan meningkatkan keterlihatan dan pengiktirafan nama Maxim di mata umum. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Maxim Global Bhd (Maxim) telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Magna Tiara Development Sdn Bhd untuk memperoleh sebuah menara pejabat pegangan bebas di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur berharga RM29.50 juta bagi menempatkan pejabat baharunya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat pembangunan hartanah itu berkata bangunan tersebut ialah menara pejabat setinggi sembilan tingkat, yang dikenali sebagai Southbank Block 6 dengan keluasan kira-kira 43,475 kaki persegi.
"Cadangan pengambilalihan akan mengukuhkan imej korporat Maxim dan meningkatkan penjenamaannya dengan menubuhkan menara pejabatnya sendiri di lokasi utama.
"Kedudukan menara pejabat yang strategik dengan buka depannya menghadap Jalan Klang Lama yang sibuk dan bertenaga. Ia akan meningkatkan keterlihatan dan pengiktirafan nama Maxim di mata umum," katanya.
Selain itu, Maxim berkata cadangan pengambilalihan akan menawarkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sekali gus mengukuhkan kebajikan pekerja, meningkatkan kepuasan kakitangan, dan secara tidak langsung menyokong pengekalan bakat dalam kumpulan sambil memudahkan pertumbuhan perniagaan kumpulan pada masa depan.
Katanya, cadangan pengambialihan akan dibiayai menerusi gabungan pinjaman bank dan dana yang dijana secara dalaman.
"Jumlah pinjaman bank akan mengambil kira tahap penggearan kumpulan, kos faedah, selain ketersediaan tunai dalaman daripada operasi perniagaannya.
"Cadangan pengambilalihan ini dijangka siap dalam tempoh empat bulan dari tarikh pelaksanaan SPA," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Maxim
#menara pejabat
#Jalan Klang Lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan