Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, telah memperkenalkan Pengiklanan Berasaskan Lokasi (Location-Based Advertising - LBA) Maxis, sebuah perkhidmatan bagi jenama dan pengiklan untuk mendekati pelanggan Maxis myDeals di tempat dan masa yang sesuai menggunakan teknologi lokasi sel. Perkhidmatan tersebut, yang boleh berasaskan masa juga, membolehkan pengiklan untuk memilih profil demografi pelanggan sasaran mereka dan memohon kepada destinasi pilihan mereka untuk menyampaikan mesej yang sesuai atau tawaran promosi kepada pelanggan.

Pelanggan Maxis & Hotlink yang merupakan ahli myDeals akan dapat menikmati tawaran yang disesuaikan ini setiap kali mereka ke lokasi tertentu di mana LBA Maxis disediakan. Apabila sistem mengesan kehadiran mereka, satu SMS akan dihantar kepada mereka secara percuma dengan tawaran yang dipromosikan. Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi Maxis kini boleh didapati di lebih 15 destinasi membeli-belah yang tertentu, termasuk pusat membeli-belah terkemuka di Lembah Klang seperti Mid Valley Megamall, 1 Utama, Sunway Pyramid, KLCC, Pavilion dan The Curve, serta lokasi membeli-belah lain seperti KLIA, LCCT dan Genting Highlands. Menjelang akhir tahun, perkhidmatan ini boleh didapati di lebih 25 destinasi di seluruh Malaysia. Platform ini juga akan membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk menggunakan pengiklanan berasaskan lokasi berasaskan SMS untuk menarik pelanggan yang sudah di sekitar, yang lebih cenderung untuk melawat pertubuhan mereka.

T. Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis berkata, “Dengan memperkenalkan pengiklanan berasaskan lokasi oleh Maxis, kami adalah yang pertama dalam menyediakan saluran mudah alih yang amat praktikal untuk pengiklan mendekati pengguna. Perkhidmatan ini akan membolehkan mereka untuk mendekati pelanggan tertentu yang sudah berada di kawasan trafik yang tinggi dan melibatkan mereka secara langsung melalui medium mudah alih. Lebih penting sekali, pelanggan mempunyai pilihan untuk menerima mesej itu dan apabila mereka bersetuju menerimanya, ia akan memanfaatkan kedua-dua pihak yang terlibat memandangkan pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran berdekatan mereka dengan segera dan mudah. Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi adalah menarik, langsung dan kos efektif kerana pengiklan akan mendapat keputusan yang diingini berdasarkan perbelanjaan pemasaran mereka. Pada asasnya, ia menyediakan platform bagi jenama untuk mendekati pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang relevan, pada tempat dan masa yang sesuai.”

Perkhidmatan terbaru dari Maxis ini telah menarik minat pengiklan daripada industri kewangan, teknologi dan fast moving consumer goods (FMCG), dengan 21 jenama mendaftar sebagai rakan kongsi. Mereka adalah CIMB, TGV, HTC, LG, Mom’s Care, Crocs, Sketchers, Philips Avent, Ralph Lauren, Davidoff, Calvin Klein, Nestle (Milo 3-dalam-1), Lancome, Shu Uemura, Cadbury, Guess, GAP, La Senza, Biotherm, Kerastase dan Kiehl’s.

Bersempena dengan pelancaran yang diadakan di TGV 1 Utama, Maxis memberi kejutan kepada 200 pelanggan dengan pas filem percuma yang ditawarkan melalui saluran baru. Pelanggan yang melawat 1 Utama akan menerima SMS dengan tawaran tersebut, dan menebus pas filem mereka dengan hanya mengimbas SMS mereka di kaunter khas yang disediakan untuk acara tersebut.

Pelancaran perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi Maxis menandakan perkembangan yang ketara dalam tawaran perkhidmatan Maxis yang inovatif dan bersepadu. Pada tahun 2011, Syarikat melancarkan myDeals Maxis, yang kini mempunyai 4 juta ahli setakat ini, dan pada tahun 2012, Maxis melancarkan ‘Best Integrated Go-to-Market (B.I.G) Media’ yang menawarkan pengiklan satu capaian yang terbesar dan paling berkesan di Malaysia, dengan potensi asas pelanggan Maxis yang sangat besar. Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi kini merupakan perkhidmatan utama dalam platform bersepadu ini termasuk perkhidmatan lain seperti myDeals, MYLAUNCHPAD, pesanan teks dan banner mudah alih.