awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
10/02/2026
13:20 MYT
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Aminuddin bergambar bersama pengawai daerah selepas menyampaikan geran aktiviti ketika Majlis Amanat bersama JPKK di sebuah hotel hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Barisan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Negeri Sembilan diingatkan untuk mengamalkan integriti tinggi dalam semua urusan pentadbiran, tanpa membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa, pilih kasih atau kepentingan peribadi.

Ringkasan AI
  • Keutamaan integriti dalam urusan JPKK Negeri Sembilan diseru oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, bagi elak penyalahgunaan kuasa dan pilih kasih.
  • Amaran keras dikeluarkan bahawa penyelewengan atau pelanggaran integriti akan dibawa ke hadapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa mengira jawatan.
  • Kerajaan negeri menegaskan bahawa pentadbiran yang bersih dan telus penting untuk memelihara kepercayaan rakyat serta menawarkan sumbangan kewangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri kepada JPKK.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pengerusi, setiausaha dan bendahari JPKK perlu memastikan pengagihan bantuan, pelaksanaan program dan pengurusan kewangan dilaksanakan secara telus, adil dan mengikut peraturan.
"Sekiranya berlaku penyelewengan, salah guna kuasa atau pelanggaran integriti, saya tidak akan teragak-agak meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas tanpa mengira jawatan atau kedudukan. Ini pendirian kerajaan negeri.
"Kepercayaan rakyat aset paling berharga dan ia hanya dapat dipelihara melalui pentadbiran yang bersih, telus, dan adil," katanya pada Majlis Amanat Menteri Besar bersama-sama Kepimpinan JPKK Negeri Sembilan 2025-2027 di sini hari ini.
Aminuddin berkata kerajaan negeri tidak berkompromi dengan individu didapati terlibat dalam isu integriti dan menegaskan setiap tindakan harus mematuhi prinsip akauntabiliti demi kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, beliau berkata peruntukan lebih RM500,000 disediakan bagi sumbangan kewangan kepada barisan kepimpinan JPKK sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.
Beliau berkata sebanyak 1,320 penerima dari 440 kampung seluruh negeri ini menerima insentif RM500 bagi pengerusi JPKK, setiausaha (RM300) dan bendahari (RM200).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#integriti
#pengurusan kewangan
#Tahun Baharu Cina
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan