Maybank alami gangguan, perkhidmatan DuitNow terjejas

Maybank memaklumkan pihaknya sedang berusaha memulihkan perkhidmatan terjejas secepat mungkin.
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.
Ringkasan AI
- Maybank mengesahkan gangguan perkhidmatan DuitNow serta transaksi berkaitan seperti pembayaran QR, pemindahan wang, dan pembayaran bil.
- Beberapa transaksi mungkin mengambil masa lebih lama atau tergendala sementara waktu; pelanggan digalakkan menggunakan GIRO Antara bank sebagai alternatif.
- Maybank sedang berusaha pulihkan perkhidmatan terjejas secepat mungkin; maklumat lanjut boleh diperoleh melalui [email protected] atau talian bantuan yang disediakan.
"Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin," katanya.
Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi [email protected] atau menghubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


