awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank minta maaf, jumlah trafik 'luar biasa' punca perkhidmatan terganggu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/04/2022
06:23 MYT
Maybank minta maaf, jumlah trafik 'luar biasa' punca perkhidmatan terganggu
Maybank memohon maaf kepada semua pelanggannya yang mengalami gangguan perkhidmatan di laman web Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan penggunaan kad debit pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Syarikat bank terkemuka negara, Maybank memohon maaf kepada semua pelanggannya yang mengalami gangguan perkhidmatan di laman web Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan penggunaan kad debit pada Isnin.
Menerusi satu kenyataan, Maybank berkata, masalah itu berpunca daripada jumlah trafik yang tinggi dalam semua platform tersebut yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Menurut kenyataan itu lagi, semua perkhidmatan itu mula menjadi sedikit perlahan bermula pukul 9 pagi ini.
“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin. Baki dan butiran akaun anda kekal utuh dan selamat bersama kami.
“Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan disebabkan oleh gangguan ini.
“Kami menghargai kesabaran pelanggan kami dan akan terus mengemaskini mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” menurut kenyataan tersebut.
Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau berkomunikasi dengan Maybank melalui platform media sosial mereka.
Media sosial hari ini kecoh sejak pagi tadi apabila ramai pengguna platform Maybank tidak dapat mengakses akaun mereka.
Bahkan, ramai yang bimbang dengan baki akaun mereka kerana ada yang memaparkan tangkap layar menunjukkan tiada wang langsung dalam akaun mereka.
Sejak dari pagi tadi, ciapan dengan tanda pagar #Maybank ‘trending’ di Twitter dan setakat artikel ini ditulis, ia sudah mendapat hampir 3,000 ciapan.
Topic Berkaitan
#Maybank
#gangguan
#debit
#Maybank2u
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan