Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan peningkatan 16 hingga 18 peratus peningkatan jumlah perbelanjaan pelanggan menggunakan kad kerdit kepada RM50 bilion tahun ini.
Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti (CFS) Malaysia Datuk Hamirullah Boorhan berkata bil kad kredit bank itu akan terus meningkat tahun ke tahun, dengan bil yang direkodkan tahun lepas meningkat 12 peratus.
"Tahun ini kami menjangkakan pertumbuhan yang lebih positif dan lebih tinggi daripada tahun lepas, dengan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan kad berbanding tunai.
"Dengan menggunakan kad pelanggan dapat mengesan perbelanjaan selain mendapat galakkan menerusi ganjaran mata ketika berbelanja yang memberikan nilai yang lebih baik kepada mereka," katanya kepada pemberita pada pelancaran Maybank Treat Fair ke-13 di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan CFS Datuk Lim Hong Tat berkata terdapat kira-kira dua juta pemegang kad kredit Maybank di Malaysia.
"Kami menerajui dalam semua bidang, dengan penguasaan pasaran sebanyak 20 peratus dan 40 peratus pedagang, 28 peratus dari segi bil dan dari segi terimaan, kami menduduki tempat pertama dengan 80 peratus penguasaan pasaran," katanya.
Beliau berkata terimaan, yang mengukur jumlah yang belum dijelaskan oleh pelanggan, merupakan ukuran yang lebih penting berbanding bilangan kad yang dikeluarkan, dan menambah Maybank mengambil alih tempat pertama daripada satu penggiat kad antarabangsa pada 2016.
"Kami menganggap diri kami sebagai penggiat kad yang tidak boleh dipertikaikan dari segi pedagang, penerbitan kad, bilangan kad, bil dan terimaan," katanya.
BagiTreats Fair tahun ini, beliau berkata bank itu menjangkakan lebih 250,000 pelawat, menjana jualan melebihi RM20 juta dan tiga bilion TreatsPoints untuk ditebus.
Mengetengahkan 250 peniaga, acara empat hari itu menawarkan peralatan IT, barangan isi rumah dan pendidikan, peralatan dapur dan pakej pelancongan.
Sempena pameran tersebut, Maybank juga melancarkan Aplikasi Fan Fan Football pertama di dunia usaha sama dengan Manchester United Club, bagi memperkenalkan Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan Card-i, kad premium Islam, melengkapkan barisan produk Ikhwan.
"Kami menyasarkan untuk mengeluarkan 10,000 kad dalam tempoh 12 bulan dan antara ciri unik kad itu akan menyaksikan 0.2 peratus perbelanjaan antarabangsa disumbangkan untuk wakaf," katanya.
Turut hadir pada pelancaran aplikasi itu ialah legenda Manchester United, Mikael Silvestre.
Hong Tat berkata App Fan Football akan membolehkan kumpulan itu memanfaatkan aplikasi gamifikasi yang memudahkan pemerolehan, ganjaran dan kesetiaan kad, dan cabutan bertuah menerusi aplikasi permainan tunggal.
"Kajian pasaran Forbes menunjukkan gamifikasi mempunyai penglibatan 10 kali lebih tinggi berbanding saluran tradisional lain. Pengguna gamifikasi mudah alih dijangkakan 66 peratus lebih cenderung untuk berkongsi pengalaman baik mereka melalui media sosial berbanding orang lain.
"Oleh itu, penting bagi bank untuk terus berkembang dan melaksanakan cara inovatif untuk melibatkan pelanggan kami," katanya.
Aplikasi permainan merupakan permainan kompetitif masa nyata yang membawa peminat Manchester United lebih dekat dengan permainan dan kelab mereka.
Satu pertandingan akan diadakan sebagai sebahagian daripada pelancaran aplikasi dan pemenang hadiah utama akan memenangi perjalanan dua orang, termasuk tiket penerbangan dan penginapan, bagi menyaksikan Manchester United beraksi di Old Trafford.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 03 2018
Bil kad kredit bank itu akan terus meningkat tahun ke tahun, dengan bil yang direkodkan tahun lepas meningkat 12 peratus.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Maybank sasar RM50 bilion bil kad kredit tahun ini
Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan peningkatan 16 hingga 18 peratus peningkatan jumlah perbelanjaan pelanggan menggunakan kad kerdit kepada RM50 bilion tahun ini.