awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSB lantik Wan Kamaruzaman sebagai Pengerusi MBSB Bank Bhd

Bernama
Bernama
24/01/2024
14:45 MYT
MBSB lantik Wan Kamaruzaman sebagai Pengerusi MBSB Bank Bhd
Malaysia Building Society Bhd (MBSB) melantik Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad sebagai Pengerusi anak syarikat milik penuhnya, MBSB Bank Bhd, berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) melantik Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad sebagai Pengerusi anak syarikat milik penuhnya, MBSB Bank Bhd, berkuat kuasa hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata Wan Kamaruzaman telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dari Mei 2013 hingga November 2018.
Beliau memulakan kerjayanya yang cemerlang dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) pada 1981, dan selepas meninggalkan Maybank pada 1994, Wan Kamaruzaman berkhidmat sebagai CEO dan pengarah beberapa syarikat dalam Kumpulan Affin sehingga 2005.
Sebelum ini beliau juga memegang jawatan pengurus besar Jabatan Perbendaharaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari September 2007 hingga April 2013.
Wan Kamaruzaman juga pernah berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa penasihat kepada Financial Times Stock Exchange (FTSE) Russel, London; dan juga merupakan Pengerusi Institutional Investors Council Malaysia dan ahli lembaga pengarah Malakoff Corporation Bhd dan Prima Ekuiti (UK) Ltd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSB
#Wan Kamaruzaman Wan Ahmad
#Pengerusi MBSB Bank Bhd
#Malaysia Building Society Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan